awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses evakuasi pelancong terkandas Pulau Tioman selesai

Bernama
Bernama
16/01/2018
12:57 MYT
Proses evakuasi pelancong terkandas Pulau Tioman selesai
Para pelancong kelihatan ceria ketika turun daripada Kapal KD Terengganu TLDM selepas diselamatkan apabila terkandas di Pulau Tioman di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, 16 Jan, 2018. --fotoBERNAMA
Selepas lima hari terkandas di Pulau Tioman, seramai 110 orang termasuk 98 pelancong berjaya dibawa keluar menerusi KD Terenggganu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.
Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata semua mereka tiba di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, pada pukul 6.45 petang tadi selepas bertolak dari Air Batang, Pulau Tioman.
Katanya, KD Terengganu digerakkan ke Pulau Tioman pada malam semalam, dan tiba di pulau pelancongan itu sekitar pukul 3 pagi, manakala proses evakuasi bermula pada 7.30 pagi tadi sebelum memulakan pelayaran pulang pada pukul 10 pagi.
“Kita tidak menghadapi masalah melainkan beberapa orang mengalami mabuk laut. Bagaimanapun diakui ombak agak besar hari ini iaitu sekitar 3.5 ke 4 meter menyebabkannya tidak selamat kepada feri pelancongan dan bot kecil," katanya kepada pemberita di sini.
Mohamad Adib menambah terdapat 54 pelancong asing daripada 18 negara, 44 pelancong tempatan dan 12 penduduk pulau termasuk tiga penduduk yang memerlukan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, dibawa keluar dari pulau itu.
BACA: 93 pelancong terkandas di Pulau Tioman
Manakala KD Terengganu melibatkan kekuatan 80 pegawai dan anggota TLDM.
"Setibanya mereka di pangkalan, terdapat sebuah bas disediakan untuk membawa pelancong luar negara ke Terminal Sentral Kuantan untuk mereka meneruskan perjalanan ke ibu negara.
"Manakala tiga buah bas yang disediakan kepada pelancong tempatan akan membawa mereka ke Mersing, Johor kerana mereka meletak kereta di situ sebelum menaiki feri ke pulau tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Dr Jafri Abdul Jalil berkata pihaknya berterima kasih kepada tindakan pantas TLDM terhadap permohonan untuk membantu mengeluarkan mangsa terkandas di Pulau Tioman.
"Kami juga berharap pelancong dapat merancang dengan lebih baik pada masa akan datang dan mengurangkan perjalanan ke pulau pada musim tengkujuh untuk mengelakkan kejadian seperti ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#evakuasi
#Kuantan
#mangsa
#NADMA
#pelancong
#Pulau Tioman
#terkandas
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan