awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Kampung Sungai Baru: "Saya sangat marah terhadap pihak timbul kekacauan" - Ketua Polis KL

Asyraf Malik
Asyraf Malik
11/09/2025
07:12 MYT
Protes Kampung Sungai Baru: "Saya sangat marah terhadap pihak timbul kekacauan" - Ketua Polis KL
Tegas Fadil, walaupun terdapat bantahan daripada sebahagian penduduk, polis akan tetap meneruskan operasi sehingga semua unit yang disenaraikan perintah mahkamah dikosongkan sepenuhnya. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata insiden membaling objek sehingga mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman adalah tindakan yang tidak boleh diterima.

Ringkasan AI
  • Ketua Polis KL kecam insiden baling objek yang mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi semasa operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru.
  • Polis akan teruskan operasi pengosongan walaupun ada bantahan, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang cuba timbulkan kekacauan.
  • Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu terlibat; polis tekankan operasi mesti selesai hari ini mengikut perintah mahkamah.

Sebelum ini suasana tegang tercetus semasa operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, di sini pada Khamis apabila ada penduduk cuba menghalang operasi polis.
“Ada pihak yang mengambil kesempatan dengan tindakan melampau sehingga OCPD saya cedera. Saya cukup marah perkara ini berlaku. Saya tidak akan benarkan ia berulang, dan saya akan lawan habis-habisan pihak yang cuba timbulkan kekacauan,” katanya dalam sidang media di lokasi operasi.
Beliau berkata setakat ini siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden tersebut.
Ketua Polis Dang Wangi cedera, muka berlumuran darah
Tegas Fadil, walaupun terdapat bantahan daripada sebahagian penduduk, polis akan tetap meneruskan operasi sehingga semua unit yang disenaraikan perintah mahkamah dikosongkan sepenuhnya.
“Kita cuba permudahkan semua urusan, tetapi pengosongan ini mesti dibuat hari ini. Kalau perlu untuk kita ambil tindakan sewajarnya, kita akan ambil tindakan.
“Kita akan laksanakan tugas sebaik mungkin, dalam masa sama cuba membantu penduduk yang berdepan kesukaran. Namun, hari ini adalah hari pengosongan dan ia mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#isu kampung sungai baru
#Datuk Fadil Marsus
#individu baling objek
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#Sulizmie Affendy Sulaiman
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan