PENGELUAR kereta nasional, Proton membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk Hangzhou, China bagi mengukuhkan kerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely).
Proton dalam satu kenyataan berkata, pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely selain ia akan membantu meningkatkan kerjasama rentas sempadan serta pemindahan pengetahuan antara kedua-dua syarikat.
Katanya, dengan aspirasi kejayaan Teknologi Kenderaan Euro China (CEVT) di Gothenburgh, Sweden, perkembangan terbaharu ini mampu mendorong pusat R&D Proton di Malaysia menjadi pusat R&D global kumpulan Geely yang keenam dalam rangkaian tersebut.
"Pusat itu akan menjadi medan pembangunan bersama Proton dan Geely merentasi semua bidang merangkumi penyepaduan terknologi bagi kenderaan enjin bahan api (ICE) serta kenderaan elektrik (EV) kepada pemaduan pintar dan pengurusan projek.
"Kerjasama itu juga meliputi usaha menaik taraf model buatan sendiri Proton dengan pusat itu akan memanfaatkan sumber bersama dengan bantuan Geely dalam kerja yang akan diketuai jurutera R&D dari Malaysia.
"Ia juga akan berfungsi sebagai platform penghubung kepada Proton bagi melibatkan diri dengan vendor pembangunan secara berterusan di Automotif High Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim selain memberi tumpuan kepada bidang kitaran hayat perniagaan penuh seperti kualiti, pemerolehan serta pembuatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Majlis perasmian pusat itu disempurnakan Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar dan dihadiri Presiden Institut Penyelidikan Automobil Geely, Li Chuanhai; Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.
Pusat R&D Proton itu mempunyai tiga jabatan iaitu Institut Penyelidikan Pusat, Pusat Pembangunan Perisikan Data dan Pusat Pendigitalan R&D bagi memastikan kelancaran operasi.
Proton berkata, Institut Penyelidikan Pusat bertanggungjawab menyelaras sistem R&D bagi kenderaan dan mengukuhkan keupayaan teknologi.
Katanya, pusat Pembangunan Perisikan Data merangkumi pembangunan penyelidikan dan penyampian data besar dan kecerdasan buatan sebelum merangka pelan penggunaan produk, manakala Pusat Pendigitalan R&D meneroka dan mengurus keperluan pendigitalan sistem dan merumuskan strategi untuk transformasi digital.
Pusat itu juga telah menubuhkan sebuah institut penyelidikan kerjasama luar yang akan ditugas dengan penyampaian fungsi keseluruhan kenderaan dan pembangunan integrasi ekosistem untuk projek luar.
Sementara itu, Chunrong berkata, pembukaan kemudahan baharu itu membolehkan pihaknya bekerjasam dengan lebih baik bersama rakan kongsi mereka dan emmbantu meluaskan kehadiran Proton di peringkat global.
"Kami berharap dapat menjadi pusat R&D Geely yang keenam selain mengukuhkan keupayaan sedia ada Proton di Malaysia," katanya.- DagangNews.com
Dagang News
Mon Apr 29 2024
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely. -Dagang News
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.