KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan mengakui bukan senang untuk mengambil hati golongan belia dengan menggunakan 'tiket' politik dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara, termasuk dalam memilih calon berkaliber untuk memenangi PRU15.
"Golongan belia boleh menilai yang mana betul dan salah, malah mereka boleh melihat sendiri apa yang berlaku pada PRU14 dan saya percaya mereka akan mengambil keputusan terbaik (untuk mengundi) dan membantu untuk menstabilkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang membincangkan tajuk 'Pesta Cahaya Dalam Pilihan Raya', pada Isnin.
Ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika gelombang PRU15, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Tapah berkata media sosial merupakan antara rintangan terbesar yang perlu ditempuhi memandangkan pengaruh alam maya amat ketara ketika ini.
"Ketika PRU14, pengaruh media sosial lebih kepada mesej tular melalui WhatsApp, dan buat masa ini kita lihat ia lebih kepada TikTok. (Biarpun) media sosial menjadi cabaran utama masa PRU15, (namun) ia juga antara medium yang memainkan peranan penting kelak," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRU akan diadakan pada 19 Nov dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov.
Sementara itu Saravanan berkata kerajaan terpaksa membubarkan Parlimen dan mendepani PRU15 kerana tiada kestabilan politik.
"Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha memulihkan ekonomi pasca COVID-19, namun kekangan yang kita lihat adalah tiada kestabilan politik.
"Kerana tiada kestabilan politik, ia secara langsung mewujudkan ketidakselesaan dalam kalangan pelabur. Cuma, rakyat kena bantu kami untuk kekalkan kestabilan politik. Jangan sesekali kita ulang sejarah dalam satu penggal kita tukar (perdana menteri) beberapa kali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022
Saravanan berkata kerajaan terpaksa membubarkan Parlimen dan mendepani PRU15 kerana tiada kestabilan politik. - Gambar fail/BERNAMA
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.