KUALA LUMPUR: Strategi parti politik meletakkan nama calon perdana menteri mereka sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah untuk memberi sentakan psikologi kepada pihak lawan, selain mahu menawan hati pengundi.
Setakat ini, beberapa parti dan gabungan politik telah menamakan calon perdana menteri masing-masing yang dianggap 'menyengat' dan berpengalaman.
Antaranya Barisan Nasional (BN), mengangkat nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pakatan Harapan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Perikatan Nasional (Tan Sri Muhyiddin Yassin), serta Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan bersedia untuk kembali dilantik menjadi perdana menteri buat kali ketiga, sekiranya terus menerima desakan dan tiada calon lain bersesuaian.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof P. Sivamurugan berkata pengumuman calon perdana menteri oleh parti politik adalah indikator penting bagi menarik sokongan terutamanya pengundi atas pagar, apa lagi jika calon yang dipilih itu merupakan individu yang mempunyai personaliti dan reputasi tinggi.
Beliau berkata dengan mengumumkan nama calon perdana menteri juga, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan wujudnya persepsi negatif dan menangkis bahawa parti politik itu tidak mempunyai hala tuju selepas menang PRU15.
"Ia penting supaya memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pengundi, misalnya BN berulang kali mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri mereka kerana ada pihak yang cuba mempengaruhi persepsi dengan mengatakan calon perdana menteri adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walaupun beliau telah nafikan, namun ia tetap dijadikan bahan.
"Saya melihat kepentingan untuk menamakan seseorang calon adalah supaya ia tidak disalahgunakan mengikut tafsiran parti lawan yang mungkin boleh meruntuhkan moral dan kredibiliti parti jika tidak dinamakan, malahan apabila tidak dinamakan (calon perdana menteri) akan wujud kempen seolah-olah akan ada masalah selepas pilihan raya untuk melantik pengemudi kerajaan," katanya kepada Bernama.
Sivamurugan berkata walaupun calon sudah ditetapkan, namun kuasa melantik seorang perdana menteri masih tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan.
"Ini bermakna walaupun ada pencalonan perdana menteri namun selagi tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, maka tidak boleh kita katakan sudah dilantik...ia sekadar menjadi paparan untuk kempen PRU dan aturan kepada pengundi," katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Datuk Nasrudin Mohamed berpendapat langkah mengumumkan calon perdana menteri mampu memberikan `gegaran' kepada parti pesaing untuk segera berkongsi atau turut sama mengumumkan nama calon pilihan.
"Saya setuju itu antara strategi parti politik untuk memancing undi tetapi ada agenda yang lebih khusus mereka berbuat demikian iaitu untuk menunjukkan mereka bersedia menghadapi `peperangan' PRU15.
"Selain itu, dengan cara mengumumkan calon perdana menteri dapat memberi isyarat kepada pengundi bahawa pemimpin dan parti politik itu mempunyai keyakinan untuk menang pilihan raya," katanya.
Nasrudin berkata parti politik akan meletakkan nama calon yang dirasakan mampu memikat hati pengundi walaupun ia bukan jaminan yang individu tersebut akan dipilih mentadbir kerajaan kelak, yang mungkin disebabkan oleh faktor luar kawalan.
Bagi Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Awang Azman Awang Pawi, langkah parti politik mengumumkan calon perdana menteri sebelum masa berkempen adalah untuk menarik pengundi dengan memberikan keyakinan tokoh-tokoh yang ditonjolkan.
"Malah pengundi boleh membanding-bandingkan calon tersebut untuk dibuat penilaian yang kritis sebelum membuat keputusan, khususnya pengundi atas pagar dan pengundi muda.
"Ia juga penting bagi parti politik melonjakkan sokongan khususnya bagi jentera berkempen dengan lebih yakin," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian PRU15 manakala tarikh penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
Setakat ini, beberapa parti dan gabungan politik telah menamakan calon perdana menteri masing-masing yang dianggap 'menyengat' dan berpengalaman.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).