KUALA LUMPUR : Selepas pengumuman bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal merebut kerusi Parlimen Tambun, tumpuan teralih kepada figura lain dalam parti yang diterajui Presiden PKR tersebut.
Antaranya, sudah pasti Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang masih belum dimuktamadkan kerusi yang bakal ditandinginya.
Memandangkan Wan Azizah merupakan penyandang kerusi Parlimen Pandan, spekulasi bertiup kencang bahawa beliau bakal berpindah kerusi memandangkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bakal kembali
ke kerusi yang dimenangi beliau pada PRU13.
Kerusi Permatang Pauh juga dijangka bakal ditandingi penyandang kerusi ketika ini, iaitu anak Wan Azizah sendiri, Nurul Izzah Anwar.
Oleh itu, dimanakah kerusi yang bakal ditandingi Wan Azizah pada PRU15 sekiranya cadangan untuk mencalonkan beliau diterima pimpinan Pakatan Harapan?
Astro AWANI melihat dengan lebih dekat pola pengundian kerusi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk mencongak kemungkinan kerusi yang bakal ditandingi bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor, terdapat 13 kerusi berpotensi yang boleh ditandingi PKR berdasarkan agihan kerusi antara komponen dalam PH.
Namun, secara realistik, selepas menolak kerusi yang masih dijangkakan bakal ditandingi penyandang buat masa ini, hanya enam kerusi yang berpotensi ditandingi iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Gombak, Ampang dan Kuala Langat.
Berdasarkan keputusan-keputusan sebelum ini dan sejarah pencapaian sokongan oleh PKR di kawasan-kawasan ini, hanya Gombak, Ampang dan Kuala Langat boleh dipertimbangkan untuk ditandingi.
Kebetulan juga, penyandang kerusi-kerusi ini juga merupakan bekas pemimpin tertinggi PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Dr Xavier Jayakumar.
Oleh itu, ada kemungkinan PKR bakal menghantar nama besar seperti Wan Azizah untuk merampas kembali mana-mana kerusi yang telah 'terlepas' dari tangan parti itu selepas PRU14.
Wan Azizah juga berpotensi diletakkan di salah satu Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, memandangkan PKR mempunyai sokongan yang kukuh di kawasan ini.
Daripada 11 kerusi yang dipertandingkan di Kuala Lumpur, ada 5 kerusi yang boleh ditandingi Wan Azizah berdasarkan agihan kerusi antara komponen PH di kawasan ini.
Selepas menolak kerusi yang dijangkakan bakal ditandingi penyandang buat masa ini, hanya 2 kerusi yang berpotensi ditandingi iaitu Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak.
Penyandang kerusi Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew telah mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding kali ini manakala Bandar Tun Razak dipegang Datuk Kamarudin Jaffar yang telah meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu ketika 'Langkah Sheraton' pada 2020.
Oleh itu, kerusi manakah bakal ditandingi Wan Azizah?
Mungkin salah satu dari lima kerusi ini.
Untuk kepastian, hanya pengumuman rasmi dari Pakatan Harapan dapat menjawab teka-teki ini.
Hafiz Marzukhi
Fri Oct 21 2022
Ke kerusi manakah Wan Azizah bakal bertanding pada PRU15 ini? - Gambar fail
NVIDIA acah kehadiran siri kad grafik baharu melalui video The Witcher IV
Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi.
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.