KUCHING: Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak akan meletakkan calonnya di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata fokus parti itu kini hanya untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dan gabungan itu tidak ada di Sarawak.
"Tidak, kami (PBM) tidak akan (bertanding di Sarawak), tidak ada BN di sini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran semula SaraSpice di sini hari ini.
Buat masa ini, PBM cuma mempunyai satu kerusi di Sarawak iaitu kerusi Parlimen Julau yang disandang presiden parti itu Larry Sng.
Sebelum ini media melaporkan PBM bercadang bertanding di 14 kerusi pada PRU-15 dengan masing-masing tujuh kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Zuraida berkata buat masa ini PBM masih berminat menyertai BN dan penyertaan mereka masih dalam penilaian.
"Permohonan dah diterima BN dan mereka kini menelitinya...Kami melihat kepada apa yang terbaik untuk parti di samping berpegang kepada rancangan kami (untuk menyertai BN)," katanya.
PBM telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi PRU-15, namun sehingga kini, masih belum ada maklum balas daripada BN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin pada sidang media selepas merasmikan produk SARASPICE dan pejabat baru SARASPICE hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS
Zuraida mendakwa pemecatan itu tidak sah dan percaya RoS sebagai responden mendaftarkan beliau sebagai Presiden PBM selepas menerima surat pada 27 Oktober tahun lalu.
Tahun penuh kejutan, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang 2022!
Untuk sampai ke penghujung 2022, kejutan demi kejutan terjadi sepanjang tahun ini yang menyaksikan beberapa peristiwa menarik berlaku.
Zuraida, 12 lagi ahli berhadapan dengan lembaga disiplin PBM - Laporan
Larry Sgn berkata beliau hairan dengan tindakan Zuraida, sedangkan bekas MP Ampang itu sendiri tandatangani surat sokongan.
PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui jawatankuasa disiplin parti.
Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional
Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).
PRU15: Santhara Kumar pertahan kerusi Segamat atas tiket PBM
Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis.
Kemelut PBM: Sng gantung jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida
Sng berkata keputusan itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti Fasal 60 (iii).
Larry dakwa masih Presiden PBM, gantung tugas dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.
PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU15.
PRU15: Larry Sng umum pertahan Julau
Bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng Wei Shein hari ini mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Julau yang disandangnya sejak 2018.