awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pelajar institusi KPM diberi pelepasan pulang mengundi

Bernama
Bernama
28/10/2022
11:55 MYT
PRU15: Pelajar institusi KPM diberi pelepasan pulang mengundi
Ketetapan itu selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU15 pada 19 Nov. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi pelepasan pada 17 hingga 21 Nov ini untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan itu selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU15 pada 19 Nov.
"Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing," menurut kenyataan itu.
KPM turut memaklumkan ketetapan itu juga sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Dis 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Dis tahun sama.
Semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#pulang mengundi
#PRU15
#pelajar IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan