KUALA LUMPUR: Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan di Parlimen.
Demikian jelas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam wawancara anjuran Bersih dan Majlis Peguam bertajuk 'Gearing Up For GE15: What Reforms Do Voters Want?' secara maya pada Khamis.
Ujarnya, bajet tahunan Parlimen juga perlu ditingkatkan RM250 juta bagi memastikan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas diwujudkan.
"Satu perkara penting adalah peruntukan bagi membolehkan Parlimen berfungsi dengan baik. Kita ada kira-kira 10 hingga 11 Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kita ada lebih 20 kementerian.
"Jadi jika setiap kementerian mempunyai satu jawatankuasa khas pilihan, untuk memastikan perkara itu dilaksana, peruntukan tambahan amat perlu, kemudian untuk memberi peruntukan memilih jawatankuasa memerlukan rombakan tertentu. Kita tahu cara menggunakan wang ini dengan betul," katanya.
Tambah Wong, beliau menganggarkan peruntukan tambahan bagi Parlimen perlu ditambah sebanyak RM250 juta bagi tujuan itu.
"Saya boleh bayangkan jika PSA ini diwujudkan, dan peruntukan tambahan sebanyak RM250 juta, bagi saya itu munasabah.
"Hasilnya, Parlimen yang lebih baik untuk rakyat, terutama dalam menyemak sebarang penyalahgunaan dan pembaziran. Tiada siapa tahu berapa banyak pembaziran yang berlaku, saya boleh anggarkan paling minimum RM10 billion setahun, jika lebih tinggi boleh mencecah RM20 hingga 30 billion setahun," katanya lagi.
Kata Wong, meskipun idea terbabit memperlihatkan peningkatan bajet bagi pengurusan Parlimen, namun ujarnya rakyat perlu memahami bahawa ia bertujuan untuk memastikan institusi demokrasi itu bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Jika kita belanjakan RM250 juta lagi berbanding bajet sedia ada iaitu RM150 juta setahun.
"Kita mengharapkan rakyat memahami bahawa perbelanjaan ini untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dapat dibanteras," jelasnya lagi.
Sementara itu, bagi Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menerusi pewujudan semula PSA itu, ianya dapat memastikan setiap Ahli Parlimen dan menteri lebih bekerja keras untuk rakyat.
"Saya rasa Ahli Parlimen dan menteri telah dibayar dengan gaji yang baik. Jadi sudah tiba masanya untuk kedua-dua pihak sama ada Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan serta menteri untuk bekerja dengan lebih baik.
"Saya rasa dengan itu, ia akan memberi manfaat kepada rakyat," jelasnya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berikar untuk memodenkan sistem Parlimen dengan menyingkirkan undang-undang dan peraturan pra-merdeka, selain menjadikannya sebagai badan bebas dari kuasa eksekutif.
Antara fokus ialah dengan menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) yang dimansudhkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1992.
Fareez Azman
Thu Jul 07 2022
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan di Parlimen. - Gambar fail/FB
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Noor Aina bakal buat penampilan dalam Kejohanan Skuasy Dunia
Noor Ainaa kini berada di Birmingham selepas selesai peringkat kelayakan (Kejohanan Dunia).
PSA perlu dihidupkan semula, tingkatkan peruntukan untuk Parlimen - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan di Parlimen.
Kadar pengangguran di Filipina meningkat 8.9 peratus pada September
Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Filipina meningkat pada September iaitu sebanyak 4.25 juta berbanding 3.88 juta pada bulan sebelumnya.
'I am Nicol David' biopik ceritakan kejayaan ratu skuasy
Selaku bintang sukan tersohor negara, kisah Datuk Nicol David akan difilemkan dalam satu biopik berjudul "I am Nicol David."
Sasaran buat Nicol dilonggarkan
Bekas pemain nombor satu dunia itu sedang diatasi oleh pemain bertaraf dunia lain, apatah lagi dengan faktor usianya yang mencecah 35 tahun.
Yuna akui dia 'sucks'
Perkataan 'sucks' yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada satu pengumuman perkhidmatan awam (PSA) media sosial.
Ada sesuatu mengganggu fikiran? Anda tidak berseorangan, #letstalkaboutit
Tidak mudah dikenal pasti seperti penyakit-penyakit fizikal lain, masalah kesihatan mental ini memerlukan kesedaran, rawatan dan pendekatan berbeza.
Nicol kekal di kedudukan ketiga ranking dunia - PSA
Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David mengekalkan kedudukan tempat ketiga dalam ranking dunia Persatuan Skuasy Profesional.
Nicol menang Anugerah Semangat Skuasy PSA 2015/16
Anugerah diberikan kepada pemain yang menunjukkan contoh semangat kesukanan, kesetiakawanan dan permainan bersih.
Nicol jangka suasana menggegarkan pada kejohanan skuasy dunia
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menjangka suasana yang menggegarkan apabila beraksi di hadapan penonton sendiri pada Kejohanan Skuasy Dunia PSA