KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin, dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
PSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bersetuju untuk mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang SNBJ, selepas perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John.
"PSM menyembah takzim dan menjunjung kasih atas kurniaan Tunku Ismail, serta menyatakan iltizam untuk terus komited bagi menguruskan sebuah padang pelbagai guna yang berdaya tahan dan fleksibel untuk acara sukan dan bukan sukan.
"PSM sekali lagi menyatakan rasa sukacita yang tidak terhingga dan menjunjung tinggi kurniaan berpanjangan serta pertimbangan dan kebijaksanaan Tunku dalam menasihati PSM dalam mendepani segala cabaran mendatang," menurut kenyataan itu.
Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers malam tadi, Tunku Ismail bersetuju dengan sumbangan itu selepas kaji selidik yang dijalankan di padang SNBJ telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya untuk pelbagai acara.
Ia turut didorong oleh kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos.
Sementara itu, rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Tunku Ismail kepada SNBJ sebelum ini, akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.
Ini merupakan kali kedua Tunku Ismail, yang juga pemilik JDT, membantu Stadium Nasional selepas menghadiahkan rumput Zeon Zoysia yang ditanam awal tahun lepas, menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Namun, kualiti rumput di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu, kerap menjadi topik hangat selepas beberapa kali berada pada tahap tidak memuaskan setelah penganjuran konsert, terutamanya sebelum aksi final Piala Malaysia 2023 dan beberapa perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan
Masalah yang berlarutan itu, menyaksikan Kementerian Belia dan Sukan mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang SNBJ sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini mengeluarkan moratorium untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang SNBJ. - Foto Bernama
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.
PSM komited sedia padang bertaraf dunia untuk Harimau Malaya - Hannah
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited untuk menyediakan stadium dengan padang bola sepak bertaraf dunia bagi kegunaan skuad Harimau Malaya.
Isu rumput padang SNBJ rosak: PSM cuma ada tempoh lapan bulan
PSM mengambil maklum mengenai keadaan padang di SNBJ yang tidak memuaskan pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 malam tadi.
Kemudahan percuma KBS: PSM terima 24 permohonan
Sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) setakat ini bagi tujuan penggunaan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara percuma.
Konsert: Stadium Nasional gelanggang rasmi Harimau Malaya - Hamidin
Hamidin berkata FAM dan PSM masih berada dalam tempoh perjanjian yang menyaksikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya.
Rumput percuma Stadium Nasional Bukit Jalil jadi kenangan berharga
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.