awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM: PRK DUN Kajang tidak masuk akal, umum tidak bertanding

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
12/02/2014
04:09 MYT
PSM: PRK DUN Kajang tidak masuk akal, umum tidak bertanding
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai tidak masuk akal dan memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac depan.
Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim berkata keputusan untuk tidak bertanding adalah keputusan yang paling baik diambil pada masa ini.
"PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu pilihan raya kecil yang kami tidak restui.
"Kami (PSM) juga menyifatkan ia (PRK) sebagai sesuatu yang tidak patut diadakan apabila seorang ADUN meletak jawatan sewenang-wenangnya tanpa sebab.
"Kami menyerahkan kepada rakyat Kajang untuk membuat keputusan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PSM, di sini, hari ini.
Dr Mohd Nasir berkata PSM berpendapat alasan mengapa pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan adalah tidak munasabah dan satu amalan yang tidak baik kepada demokrasi.
"Kami berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang juga satu pembaziran wang rakyat dan pandangan ini juga disetujui oleh Rafizi sendiri yang telah meminta maaf," katanya.
Beliau juga berkata keputusan untuk tidak bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang diambil selepas ia dimuktamadkan dalam satu mesyuarat pada 6 Februari lalu.
"PSM juga tidak berhasrat memecahkan undi atau memberikan sebarang peluang untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRK ini.
"Kekalahan pembangkang di Kota Damansara dan Semenyih harus menjadi satu pengajaran kepada semua pihak," katanya lagi.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan dikatakan berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.
Mengulas perkara berkenaan, Arutchelvan berkata, berita beliau dan PSM akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang tidak dibuat oleh ahli atau pemimpin PSM.
"Poster Aru For Kajang dan berita yang mengatakan saya mahu bertanding di Kajang dibuat oleh pihak lain bukan ahli atau pemimpin PSM," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#BN
#DUN
#Kajang
#Khalid Ibrahim Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/prk-dun-kajang-polis-buka-tiga-kertas-siasatan-terhadap-anwar-29918?cp
#pilihan raya kecil
#PKR
#PR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan