Cadangan sekatan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan kepada individu yang culas membayar pinjaman di dalam Konsultasi Nasional Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan ekstrem dan perlu ditimbang semula.
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, PTPTN juga perlu memberi maksud kemampuan membayar balik pinjaman hanya melalui perolehan gaji yang tidak mencukupi.
"Sekatan untuk perniagaan, lesen kereta dan cukai tanah itu satu tindakan ekstrem, menyusahkan belia dan sebagainya.
"Ia asas dan kadang-kadang perlu untuk meneruskan hidup, lesen perniagaan mereka hendak berniaga dan ia membantu membayar PTPTN.
"Kalau sekat mereka untuk memperbaharui lesen perniagaan itu menyusahkan, itu tidak membantu. Namun kita sokong mereka yang benar-benar gagal membayar tapi berkemampuan," katanya semasa dihubungi di sini, pada Jumaat.
Di bawah idea enam Konsultasi Nasional PTPTN, penguatkuasaan baharu yang dipertimbangkan untuk diperkenalkan adalah sekatan untuk pembaharuan passport, pembaharuan lesen memandu, pembaharuan dan pendaftaran lesen perniagaan serta pembaharuan cukai jalan.
Selain itu, senarai peminjam culas akan dipamerkan kepada umum dan dikenakan sekatan untuk kelulusan pinjaman PTPTN kepada ahli keluarga terdekat.
Dalam pada itu, katanya, tindakan PTPTN menyenaraihitamkan semula peminjam yang ingkar membayar semula PTPTN satu tindakan yang membebankan.
Namun, tegasnya, ia perlu untuk peminjam yang benar-benar gagal melunaskan hutang walaupun berkemampuan untuk membayar.
"Tindakan menyenarai hitam peminjam yang gagal hendaklah disusuli dengan pendekatan komprehensif PTPTN untuk mendefinisikan siapa yang dimaksudkan sebagai peminjam yang gagal dan ingkar.
"Ini termasuk memastikan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan yang perlu dilangsaikan oleh peminjam itu sendiri," ujarnya.
Dalam pada itu kata Mohd Izzat, ujrah PTPTN harus dihapuskan untuk meringankan beban peminjam sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyediakan pendidikan percuma termasuk pendidikan tinggi.
Wan Syamsul Amly
Fri May 17 2019
MOHD IZZAT: Tindakan menyenarai hitam peminjam yang gagal hendaklah disusuli dengan pendekatan komprehensif PTPTN untuk mendefinisikan siapa yang dimaksudkan sebagai peminjam yang gagal dan ingkar. - Gambar Facebook
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.