SEREMBAN: Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias mengaku tidak bersalah di atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
Pengakuan itu dibuat PU Azman, 41, di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu.
Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi.
Selain itu, tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai lalu, antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, sekitar pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
"Beliau juga telah hadir hari ini (Rabu) dan memberikan kerjasama yang sangat baik," kata Mohammad Zahid.
Mahkamah juga menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 8 Disember ini.
Sementara itu, PU Azman yang ditemui pemberita di mahkamah berterima kasih dan menghargai doa yang dikirimkan semua pihak kepadanya.
Astro Awani
Wed Oct 12 2022
PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini. - Gambar SINAR HARIAN
MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir
MoF akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.
BN tidak akan sedetik pun melupakan 'Bossku' - Zahid Hamidi
"Agenda 'Bossku' tidak pernah terlepas dibincangkan setiap kali mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi BN," jelas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
BN tidak boleh eksklusif kepada kelompok tertentu sahaja - Zahid
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu BN perlu meluaskan jaringan dan menarik sokongan di luar kerangka kebiasaan.
"Kita tidak boleh terlalu selesa bergantung kepada sokongan kumpulan tradisional dan pengundi tegar yang tidak lagi mencukupi untuk memastikan kemenangan," jelasnya.
"Kita tidak boleh terlalu selesa bergantung kepada sokongan kumpulan tradisional dan pengundi tegar yang tidak lagi mencukupi untuk memastikan kemenangan," jelasnya.
'Lepaskan keegoan kepartian' - Zahid Hamidi
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu di dalam usaha mengatur agenda politik, Barisan Nasional mesti bersedia mencipta perubahan ke arah matlamat yang lebih besar iaitu kepentingan negara.
"Inilah dinamika politik negara yang berubah mengikut acuan semasa," jelas Zahid.
"Inilah dinamika politik negara yang berubah mengikut acuan semasa," jelas Zahid.
Falsafah BN melampaui perpaduan politik - Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sambutan Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 Barisan Nasional berkata formula perikatan dengan penyertaan beberapa parti politik yang lain menjadaikan Barisan Nasional sebagai pakatan politik yang dominion.
Jelasnya, sebagai pewaris generasi sebuah perjuangan penjiwaan falsafah Barisan Nasional akan dipertahankan dari dulu hingga sekarang.
Jelasnya, sebagai pewaris generasi sebuah perjuangan penjiwaan falsafah Barisan Nasional akan dipertahankan dari dulu hingga sekarang.
UMNO bukan 'abang besar', wajib lindungi 'adik-beradik' - Zahid Hamidi
"Kekalahan pada PRU-14 memberi tamparan hebat dan menginsafkan kita semua. Hakikatnya kekalahan adalah sekolah atau pengajaran yang menjentik hati dan minda kita untuk berubah dan menilai semula strategi, membaiki kelemahan dan mengorak langkah baharu," Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kini kita hanya tinggal empat beradik (UMNO, MCA, MIC dan PBRS) dalam BN, tetapi empat beradik ini tetap setia. Sesungguhnya UMNO bukan abang besar, UMNO wajib melindungi adik-beradik ini dalam Barisan Nasional," jelas Zahid.
"Kini kita hanya tinggal empat beradik (UMNO, MCA, MIC dan PBRS) dalam BN, tetapi empat beradik ini tetap setia. Sesungguhnya UMNO bukan abang besar, UMNO wajib melindungi adik-beradik ini dalam Barisan Nasional," jelas Zahid.
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.
Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, dan mengarahkan pilihan raya semula.
AWANI Ringkas: Amaran hujan berterusan tahap waspada
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia tidak boleh rasa selesa dalam soal pertahanan
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan supaya Malaysia tidak berasa selesa dalam soal pertahanan meskipun mengamalkan pendekatan berkecuali dan berusaha menjadi sebuah kuasa pertengahan.
Menurutnya, walaupun Malaysia berkawan dengan semua pihak, negara tidak boleh mengelak daripada terkesan oleh persaingan antara kuasa-kuasa besar, yang boleh mengganggu rantaian bekalan dan mengancam keselamatan.
Menurutnya, walaupun Malaysia berkawan dengan semua pihak, negara tidak boleh mengelak daripada terkesan oleh persaingan antara kuasa-kuasa besar, yang boleh mengganggu rantaian bekalan dan mengancam keselamatan.
PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.