awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pukul anak saudara dengan penyapu, lelaki dipenjara dua minggu

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2020
09:20 MYT
Pukul anak saudara dengan penyapu, lelaki dipenjara dua minggu
Padah memukul anak saudara dengan penyapu, seorang lelaki dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis.
Padah memukul anak saudara dengan penyapu sehingga cedera, seorang lelaki dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis.
Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohd Azree Abdullah @ Wahab, 36, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap anak saudaranya, Borhan Sulaiman yang berusia 29 tahun.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di hadapan sebuah rumah di Lorong Gagak, Kampung Durian Burung, di sini pada 25 Januari lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa sedang berniaga, tertuduh dalam keadaan marah-marah sambil menuduh mangsa bersikap kurang ajar.
Sejurus selepas itu, tertuduh mengambil sebatang penyapu lalu memukul mangsa beberapa kali di kepala dan menumbuk mata anak saudaranya itu sehingga lebam.
Tertuduh bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa yang sebelum ini pernah membuat laporan polis kerana cuba ditembak dengan senapang angin oleh tertuduh.
Ekoran daripada laporan itu juga, tertuduh dipenjarakan selama enam bulan dan baru dibebaskan dua minggu lalu kerana kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah Hanim.
Topic Berkaitan
#lelaki dipenjara dua minggu
#Mahkamah Majistret Kuala Terengganu
#pukul anak saudara dengan penyapu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan