Pembangunan Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru walaupun pewartaannya telah berkuatkuasa 1 Januari 2020 yang lalu.
Sebaliknya, pembangunan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat agar penduduk tempatan lebih bersedia dan dapat menikmati manfaatnya sebanyak mungkin.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri boleh sahaja segera menjemput pelabur-pelabur luar seperti dari Taiwan, Singapore, China, Australia dan New Zealand untuk melabur di Pangkor.
"Kita boleh benarkan mereka... bukalah kedai sebesar-besar, bukalah mall sebesar-besar, buka pub sebesar-besar, kita jual semuanya duty free. Jadi anak tempatan dapat apa?
"Jadi apa yang kita nak buat, biarlah anak negeri kita, anak tempatan mendapat keuntungan. Jadi saya lebih selesa untuk mengambil tindakan (dengan) ambil masa agar kita tidak buat banyak kesilapan.
"We can take it easy asalkan kesilapan itu kita minimumkan dan akhirnya hasrat kita adalah untuk mendapatkan nikmat ekonomi yang terbaik untuk orang tempatan," ujar Ahmad Faizal.
Beliau ditemui selepas wawancara radio mengenai pencapaian Perak 2019 di Ipoh pada Rabu.
Dalam tinjauan Astro AWANI di Pulau Pangkor baru-baru ini, rata-rata penduduk meminta pembangunan pulau itu dipercepatkan, sesuai dengan statusnya sebagai pulau bebas cukai.
Menurut mereka, walaupun sudah lebih dua minggu Pangkor diwartakan sebagai pulau bebas cukai tetapi keadaannya tidak banyak berubah, baik dari segi pembangunan, mahupun harga barangan.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, walaupun dasar kerajaan persekutuan membenarkan penjualan arak bebas cukai tetapi kerajaan negeri mempunyai pandangan lain, sesuai dengan hasrat penduduk tempatan.
Bagaimanapun, katanya, fokus akan diberikan terlebih dahulu kepada pembangunan infrastruktur seperti produk pelancongan, kedai-kedai dan kemudahan untuk agensi kerajaan yang berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 15 2020
Ada yang berpendapat, walaupun sudah lebih dua minggu Pangkor diwartakan sebagai pulau bebas cukai tetapi keadaannya tidak banyak berubah. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.