awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang anjur sukaneka Hari Keluarga LovePenang 2023

Bernama
Bernama
12/05/2023
22:45 MYT
Pulau Pinang anjur sukaneka Hari Keluarga LovePenang 2023
Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menyasarkan sebanyak 240 keluarga untuk menyertai Sukaneka Hari Keluarga LovePenang 2023 pada 11 Jun ini.
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menyasarkan sebanyak 240 keluarga untuk menyertai Sukaneka Hari Keluarga LovePenang 2023 pada 11 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chong Eng berkata, program yang dijadual bermula pada 7 pagi hingga 12 tengah hari itu akan diadakan di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony Seberang Jaya.
"Program ini bertujuan menyediakan platform bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta mempertingkatkan kefahaman mengenai kepentingan institusi kekeluargaan dalam komuniti.
"Peserta yang berminat boleh berdaftar melalui pautan https://shorturl.at/abjqr," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Keluarga LovePenang 2023 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini.
Chong berkata yuran sebanyak RM75 dikenakan bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada lima peserta itu dan setiap peserta yang berdaftar akan menerima 'goodies' bernilai RM38.
Sementara itu, Chow berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong penyediaan persekitaran yang selamat untuk keluarga serta membantu keluarga lebih cekal untuk bangkit daripada situasi yang sukar. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#PWDC
#LovePenang
#Institusi kekeluargaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan