Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menggesa kerajaan untuk kembali memperkukuh Dasar Berkecuali bagi memberi kebebasan dalam membuat sebarang tindakan yang membabitkan negara luar.
Mengulas mengenai ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, beliau menganggap Malaysia tidak seharusnya menjadikan Korea Utara sebagai musuh malah perlu ditangani dengan bijak.
"Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku kepada Malaysia.
"Zaman saya tak berlaku macam ini, malah dulu kita amalkan Dasar Berkecuali yang tidak mengikat perhubungan dengan mana-mana blok.
"Malah kita bersahabat dengan semua negara tanpa fikir dasar atau ideologi mereka.
"Sekarang ni sudah berbeza sikit, sebab kita sudah tingkatkan hubungan kita dengan satu negara lain," katanya dalam sidang media sempena Majlis Tayangan Perdana dan Bicara Filem Pendek 'Sikap' di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Tambah beliau, keadaan yang dihadapi kini mengurangkan sedikit kebebasan Malaysia dan sebab itu, jika boleh, Malaysia perlu pulihkan semula dasar berkecuali sebab ia memberi banyak manfaat.
Jelasnya lagi, kes kematian Kim Jong Nam ini merupakan kes misteri yang perlu diteladani semua pihak.
"Banyak misteri dalam kes ini, siapa yang nak bunuh, apa niat mereka, serta bagaimana ia boleh berlaku? Semuanya jadi pengajaran buat kita.
"Sekarang ini pula, negara kita dipenuhi warga asing yang mana ada kemungkinan untuk mereka turut sama bawa perkara yang tak baik kepada negara kita," jelasnya.
Hilal Azmi
Thu Mar 09 2017
Tun Mahathir (tengah) dalam sidang media selepas Majlis Tayangan Perdana dan Bicara Filem Pendek 'Sikap' di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Tiada negara Arab tekan Malaysia putuskan hubungan dengan Qatar
Ong Ka Chuan berkata, keadaan itu mungkin disebabkan tindakan Malaysia yang mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan negara lain.
Pulihkan dasar berkecuali demi manfaat negara - Tun Mahathir
Tun Mahathir Mohamad menganggap Malaysia tidak seharusnya menjadikan Korea Utara sebagai musuh malah perlu ditangani dengan bijak.