KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada Rakan Usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa 20 peratus hingga 70 peratus kepada penyewa premis perniagaan PUNB bermula 1 Julai hingga 31 Dis, 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif, Izwan Zainuddin berkata penambahbaikan tersebut dibuat ke atas pelaksanaan moratorium sebelum ini yang hanya melibatkan pembayaran prinsipal dan tawaran diskaun 50 peratus bagi sewa premis perniagaan.
"Pemberian moratorium bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 ini memberi manfaat kepada hampir 3,300 syarikat Rakan Usahawan PUNB dengan nilai berjumlah RM118.51 juta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata semua Rakan Usahawan PUNB yang telah mendapat moratorium bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 secara automatik layak menerima inisiatif ini.
Selain itu, usahawan baharu, penerima pembiayaan tambahan dan syarikat yang menerima pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Bantuan Bumiputera dan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 turut layak secara automatik, katanya.
Izwan berkata langkah proaktif itu diambil untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membantu usahawan yang dalam proses pemulihan perniagaan ketika negara sedang bersedia untuk memasuki fasa endemik.
Selain itu, pemberian moratorium dan penambahan diskaun sewa tersebut bertujuan memberikan kelegaan aliran tunai segera kepada usahawan yang mungkin menghadapi kekangan kewangan sementara akibat pandemik COVID-19, katanya.
Beliau berkata pemberian diskaun tambahan ke atas sewa premis perniagaan melibatkan anggaran kutipan sewa sebanyak RM6.78 juta bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dengan melibatkan 246 penyewa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Pemberian moratorium itu bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dan memberi manfaat kepada hampir 3,300 syarikat Rakan Usahawan PUNB dengan nilai berjumlah RM118.51 juta. - Foto PUNB
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
PUNB sasar 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB sertai Program Petronas Autoexpert tahun ini
PUNB menyasarkan 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk menyertai Program Petronas AutoExpert pada tahun ini.
PUNB perkenal sistem dalam talian 'e-mohon' untuk permohonan pembiayaan perniagaan
Sistem tersebut dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.
PUNB berjaya bangunkan 11,564 usahawan Bumiputera sejak ditubuhkan
Sebanyak 11,564 usahawan Bumiputera melibatkan 8,086 buah syarikat telah berjaya dibangunkan dengan jumlah kelulusan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion sejak penubuhan PUNB.
Noh minta Pernas, PUNB, KPDHEP bekerjasama selaraskan konsep francais
Noh berkata selaku Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerjasama dengan semua golongan yang terbabit dalam keusahawanan selari dengan aspirasi cogan kata Keluarga Malaysia.
PUNB tawar moratorium penuh pembiayaan perniagaan, tambahan diskaun sewa premis perniagaan
PUNB menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada Rakan Usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa kepada penyewa premis perniagaan PUNB.
Ahmad Nazlan Idris dilantik pengerusi PUNB
Datuk Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Okt 2021.
PUNB tawar skim pembiayaan baharu untuk individu diberhentikan kerja
SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19.
PUNB lantik Izwan Zainuddin sebagai CEO baharu
Pelantikan Izwan adalah bagi menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad yang meletak jawatan pada 15 Okt 2018.