awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusara misteri milik ulama

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2013
23:00 MYT
Pusara misteri milik ulama
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof mengesahkan bahawa pusara terbabit merupakan tempat persemadian tokoh ulama terkenal Tuan Guru Haji Salleh.
Menurutnya, Tuan Guru Haji Saleh hidup di era pemerintahan Raja Kedah ke-24 yang amat menghormati ulama-ulama, iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah (1854-1879).
Malah di zaman itulah pusat-pusat pengajian pondok wujud dengan meluas di Kedah dan Tuan Guru Haji Saleh dari Penaga yang datang ke Kedah mendapat kebenaran membuka pondoknya di sebelah tapak mahkamah rendah lama.
Walaubagaimanapun di akhir abad ke-18 Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia dan dikebumikan di tapak pondok yang diasaskan beliau dan juga ahli keluarga beliau di tanah perkuburan terbabit.
Berikutan itu beliau meminta Jabatan Pelancongan Kedah segera memulihara kembali perkuburan tersebut kerana ianya mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan bernilai untuk Kedah serta buat generasi akan datang.
Malah beliau meminta tugu pahlawan Jepun di kawasan berdekatan turut dipulihara memandangkan ia menceritakan sejarah kemaraan Jepun ke Tanah Melayu sekitar tahun 1941 yang menjadikan kawasan tepi sungai itu sebagai kubu mereka.
Topic Berkaitan
#kubur
#kubur tanpa nisan
#Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah
#pusara
#Tuan Guru Haji Salleh
#Wan Shamsudin Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan