awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat hiburan berselindung di sebalik kafe diserbu

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2022
22:00 MYT
Pusat hiburan berselindung di sebalik kafe diserbu
Sebuah kafe di Jalan Batai, Damansara Heights di sini yang beroperasi sebagai pusat hiburan diserbu polis awal pagi Ahad. -Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Sebuah kafe di Jalan Batai, Damansara Heights di sini yang beroperasi sebagai pusat hiburan diserbu pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dijalankan pada jam 12.15 tengah malam.
"Hasil serbuan polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis.
"Selain itu, seramai 33 pelanggan warga tempatan terdiri daripada 19 lelaki dan 14 wanita turut diperiksa menerusi serbuan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, pelbagai peralatan dipercayai digunakan di premis berkenaan turut dirampas.
"Antara yang dirampas melibatkan dua keping resit perniagaan, sebuah iPad dan satu alat pemain muzik.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan lesen perniagaan diminta supaya menyalurkannya kepada pihak polis.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan lesen perniagaan kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan disarankan menyalurkan maklumat tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak polis memandang serius sebarang aktiviti pusat hiburan yang menyalahi undang-undang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#kafe di Jalan Batai
#Amihizam Abdul Shukor
#Akta Hiburan Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan