Pusat Pemindahan Kekal Bencana SMK Matang sedia kemudahan lebih selesa kepada mangsa banjir

Meor Ismail berkata kerja menaik taraf sebuah bangunan asrama sekolah yang tidak digunakan lagi itu dilakukan dari Julai hingga Disember tahun lepas dengan kos kira-kira RM907,000. - Gambar/ Bernama
KUALA BERANG: Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang di sini sedia untuk digunakan selepas dinaik taraf daripada sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).
Ringkasan AI
- Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) SMK Matang dinaik taraf daripada Pusat Pemindahan Sementara dengan kos RM907,000, menyediakan keselesaan kepada lebih 200 mangsa banjir pada satu-satu masa.
- Inisiatif menaik taraf PPKB ini adalah yang ketiga dilaksanakan, setelah PPKB Dewan Taman Kota Jaya dan PPKB Dewan Arena Segitiga di Kota Tinggi, Johor, seiring usaha menubuhkan 15 PPKB di seluruh negara.
- PPKB SMK Matang dilengkapi pelbagai fasiliti termasuk tandas OKU dan stor untuk menempatkan barangan keperluan serta makanan mangsa banjir, sementara semua agensi berkaitan bersedia menghadapi fasa seterusnya luruan Monsun Timur Laut (MTL).
"Perancangan kita hendak mewujudkan 15 PPKB di seluruh negara, sama ada bina baharu atau menaik taraf PPS bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
"Kita juga amat berharap PPKB ini dapat digunakan di luar musim banjir supaya projek ini tidak dianggap sebagai pembaziran," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci PPKB SMK Matang hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Wan Hashim Wan Rahim dan Pengarah Pendidikan Terengganu Kamsah@Kamal Mohamed.
Meor Ismail berkata PPKB SMK Matang mampu menempatkan lebih 200 mangsa banjir pada satu-satu masa dan mempunyai pelbagai fasiliti lebih selesa termasuk tandas mesra orang kurang upaya (OKU).
Selain tujuh bilik, pusat itu mempunyai sebuah stor yang boleh dijadikan sebagai pangkalan hadapan bagi menempatkan barangan keperluan serta makanan mangsa banjir.
Sementara itu, Meor Ismail berkata semua agensi berkaitan telah siap siaga untuk menghadapi fasa seterusnya luruan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah kos naik taraf Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ke Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SMK Matang? A: Kos penukaran PPS ke PPKB di SMK Matang ialah kira-kira RM907,000.
- Q: Berapakah jumlah PPKB yang dijangka akan dibina di seluruh negara berdasarkan rancangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)? A: Rancangan NADMA ialah mewujudkan 15 PPKB di seluruh negara, sama ada bina baharu atau menaik taraf PPS bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
- Q: Berapakah kapasiti penempatan mangsa banjir yang disediakan oleh PPKB SMK Matang? A: PPKB SMK Matang mampu menempatkan lebih 200 mangsa banjir pada satu-satu masa.
- Q: Apakah fasiliti tambahan yang terdapat di PPKB SMK Matang untuk keselesaan mangsa banjir? A: PPKB SMK Matang mempunyai pelbagai fasiliti lebih selesa termasuk tandas mesra orang kurang upaya (OKU) dan sebuah stor yang boleh dijadikan sebagai pangkalan hadapan bagi barangan keperluan serta makanan mangsa banjir.
- Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh agensi berkaitan menghadapi fasa seterusnya luruan Monsun Timur Laut (MTL)? A: Semua agensi berkaitan telah siap siaga untuk menghadapi fasa seterusnya luruan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

