WASHINGTON: Putera Harry bertafakur beberapa minit sebagai tanda simpati dan penghormatan berikutan kematian pemain polo terkenal, Datuk Chevy Beh.
Portal tempatan Hello! melaporkan, Putera Britain itu menanggalkan topi yang dipakainya bagi memperingati mendiang yang sepatutnya menyertai pasukan Royal Salut pada sukan amal Kejohanan Piala Sentebale ISPS Handa Polo yang diadakan pada Khamis.
Chevy Beh yang menyertai BP Healthcare Group selaku Pengarah Urusan sebelum menubuhkan platform penjagaan kesihatan dalam talian dan mobile, Bookdoc pada 2014 bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya malah pernah menjadi kapten pasukan polo di bawah 21 England menentang Putera Harry dan Putera William.
Duke of Sussex juga kemudian menanggalkan topinya sebagai simbol penghormatan ketika lagu kebangsaan Amerika dimainkan sebelum kejohanan itu dimulakan.
Kejohanan itu menampilan penampilan Putera Harry bersama rakannya, Nacho dalam pasukan Sentebale menentang pasukan Persatuan Polo Amerika Syarikat.
Kejohanan itu merupakan acara tahunan untuk mengutip dana bagi kerja-kerja amal untuk disalurkan kepada kebajikan penduduk muda di Lesotho dan Botswana.
Mendiang Chevy Beh yang juga pengasas Bookdoc dilapor meninggal dunia pada Selasa lalu, namun punca kematian tidak didedahkan.
Chevy memulakan kerjaya sebagai pegawai bank pelaburan bersama firma pelaburan terkenal Amerika Syarikat selepas beliau tamat pengajian di Universiti Harvard.
Di bawah kepimpinan beliau, BP berjaya meningkatkan asas pelanggan mereka melebihi dua juta orang, meningkatkan jumlah tenaga kerja kepada 1,300 orang.
Kumpulan itu juga memainkan peranan penting sewaktu proses vaksinasi COVID-19 negara melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Selain itu ia juga dilantik sebagai penyedia ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja di bawah Program Saringan Prihatin Perkeso.
Agensi
Fri Aug 26 2022
Putera Harry bertafakur beberapa minit sebagai tanda simpati dan penghormatan berikutan kematian pemain polo terkenal, Datuk Chevy Beh. - Gambar fail/ hellomagazine.com
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Putera Harry bertafakur kematian Chevy Beh
Putera Britain itu memperingati mendiang yang sepatutnya menyertai sukan amal Kejohanan Piala Sentebale ISPS Handa Polo pada Khamis.
Pengasas Bookdoc Chevy Beh meninggal dunia
Pengasas Bookdoc, Datuk Chevy Beh dilapor meninggal dunia malam Selasa, namun punca kematian tidak didedahkan.
BookDoc hasrat jalin kerjasama dengan negara di Asia Tenggara
BookDoc menerusi aplikasi mudah alihnya merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke negara lain di Asia Tenggara dalam tempoh terdekat.