awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mahkota Abu Dhabi adakan lawatan khas ke Malaysia mulai esok

Bernama
Bernama
20/05/2023
15:47 MYT
Putera Mahkota Abu Dhabi adakan lawatan khas ke Malaysia mulai esok
Ini merupakan lawatan sulung baginda ke Malaysia sejak pelantikannya sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan akan membuat lawatan khas ke Malaysia mulai esok (Ahad) hingga 24 Mei.
Ini merupakan lawatan sulung baginda ke Malaysia sejak pelantikannya sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), Sheikh Khaled akan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin (22 Mei).
"Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Sheikh Khaled turut akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa (23 Mei).
"Lawatan khas itu akan mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin sejak sekian lama dengan UAE yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 Sept 2022," menurut kenyataan itu.
UAE ialah rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dari Asia Barat.
Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion (US$8.79 bilion) daripada RM22.33 bilion (US$5.39 bilion) pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Kementerian Luar
#UAE
#rakan dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan