Skip to main content

Malaysia

PUTRA 2018 mampu kurangkan pengangguran

41544281870_TUN.jpg
41544281870_TUN.jpg
Advertisement
Bagi meminumkan kadar pengangguran serta mewujudkan peluang pekerjaan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menganjurkan Karnival Pendidikan Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera 2018 (PUTRA 2018).

Karnival itu merupakan inisiatif Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan kerjasama Gagasan Resolusi Bersatu.

Karnival itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Lebih 10,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi dari seluruh negara hadir di majlis tersebut.

PUTRA 2018 disertai oleh lebih 100 pempamer dari syarikat-syarikat gergasi GLC, swasta, agensi kerajaan serta pelbagai syarikat korporat.

Must Watch Video

Advertisement