awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putra desak jawatankuasa khas ditubuh siasat kes kematian Orang Asli Kampung Kuala Koh

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2019
11:17 MYT
Putra desak jawatankuasa khas ditubuh siasat kes kematian Orang Asli Kampung Kuala Koh
Ibrahim berkata anggota jawatankuasa khas itu perlu terdiri daripada doktor pakar, agensi keselamatan, agensi perundangan dan tokoh berwibawa termasuk wakil sukarelawan dan wakil masyarakat Orang Asli. -Gambar fail
Sebuah jawatankuasa khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian 14 Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, Kelantan meninggal dunia.
Presiden Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Ibrahim Ali berkata anggota jawatankuasa khas itu perlu terdiri daripada doktor pakar, agensi keselamatan, agensi perundangan dan tokoh berwibawa termasuk wakil sukarelawan dan wakil masyarakat Orang Asli.
"Tindakan ini sebagai langkah pertama bagi menentukan tindakan selanjutnya demi keadilan mangsa dan menjamin keselamatan masyarakat Orang Asli.
"Kejadian yang meragut 13 nyawa (kini 14) itu diklasifikasikan sebagai isu nasional.
"Masyarakat orang asli turut mendakwa kejadian itu berlaku kerana air kotor dan keracunan akibat daripada aktiviti pembalakan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata tindakan kerajaan Kelantan dengan cepat menjelaskan kejadian itu tiada kena mengena dengan keracunan akibat aktiviti pembalakan perlu diambil perhatian.
Ibrahim yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berharap tiada satu pihak pun boleh lepas tangan dalam isu yang melibatkan Orang Asli di Kampung Kuala Koh itu.
Sehingga kini, seramai 14 Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang mati secara ‘misteri’ sejak Mei lalu namun terdapat pihak termasuk penduduk mendakwa kematian itu akibat minum air tercemar.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan harapan (PH) Kelantan, Senator Datuk Husam Musa meminta semua pihak memberi perhatian segera terhadap kematian Orang Asli suku Batek itu.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ali
#Kampung Kuala Koh
#Orang Asli
#Parti Bumiputra Perkasa Malaysia
#PUTRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan