awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Racun punca dua gajah Borneo mati

Bernama
Bernama
15/02/2020
20:21 MYT
Racun punca dua gajah Borneo mati
Christina berkata jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan. - Gambar fail
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata hasil bedah siasat terhadap dua bangkai gajah yang ditemukan mati baru-baru ini mendapati berpunca daripada racun yang dimakan oleh gajah malang itu.
"Kami akan menjalankan siasatan lebih lanjut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Ke Tamu' yang berlangsung selama dua hari bermula 15 Feb di Laman Seni, di sini pada Sabtu.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bagaimanapun berkata jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Baru-baru ini dua gajah betina Borneo ditemukan mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot Sandakan.
BACA: Dua gajah betina ditemui mati
BACA: Gajah mati di Lahad Datu dipercayai akibat keracunan
Ia merupakan penemuan kedua dan ketiga bangkai gajah pada tahun ini selepas penemuan bangkai gajah pertama di Lower Kinabatangan pada bulan lepas, dipercayai ditanam oleh syarikat penanaman sawit.
Christina berkata bagi mengatasi perkara itu, kerajaan negeri telah meluluskan Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah 2020-2029 dalam usaha untuk mencari penyelesaian konflik antara manusia dan gajah.
Mengenai program 'Ke Tamu' itu, beliau berkata ia dapat mengumpulkan para penggiat seni tempatan untuk mempamerkan hasil karya masing-masing.
Beliau berkata perbincangan akan diadakan bersama pihak yang berkaitan agar Laman Seni akan menjadi pusat tumpuan setiap minggu.
Kira-kira 40 peserta pempamer menyertai program itu yang terdiri daripada gerai manik, lukisan dan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangkai gajah
#Christina Liew
#gajah Borneo
#Ke Tamu
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Kinabatangan
#pelancongan
#penggiat seni
#racun
#Sabah
#Sandakan
#sawit
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan