Calon 'underdog' yang merebut jawatan Ketua Wanita UMNO, Raihan Suleiman Palestin menegaskan usaha untuk menghalang beliau bertanding dengan mendakwa beliau tidak memegang apa-apa jawatan di bahagian Kulim Bandar Baru tidak menjejaskan peluangnya.

Raihan, 47 tahun menegaskan beliau merupakan ahli UMNO seumur hidup dan pernah memegang sebagai ahli jawatankuasa bahagian Kulim Bandar Baru sudah.

Malah beliau melihat ia bukan suatu isu kerana jawatankuasa pemilihan UMNO telah mengesahkan pencalonannya untuk Pemilihan UMNO 2013.

Beliau menjawab dakwaan itu semasa ditemubual dalam Awani745 pada Rabu.