Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Tan Sri Dr Rais Yatim akan berdepan tindakan parti sekiranya beliau naik ke pentas pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam UMNO.
Beliau berkata buat masa ini status veteran UMNO itu masih belum diputuskan kerana difahamkan bekas menteri tersebut hanya mengkritik parti menerusi media sosial.
"Media sosial ni kadangkala betul, kadangkala tidak, ada juga orang guna akaun palsu dan sebagainya. Jadi sebagai setiausaha agung parti kita mempunyai struktur dan kita akan lihat.
"Semalam, apabila saya bincang dengan jawatankuasa (khas), kita masih kabur sebab itu kita tidak ambil tindakan lagi. Kalau dia (Rais) melampaui batas, duduk di pentas pembangkang dan menghentam parti, kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengku Adnan diminta mengulas mengenai kedudukan Rais yang dilaporkan masih dalam siasatan parti selepas UMNO bertindak menggugurkan keanggotaan dua veterannya yang juga bekas menteri, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz berikutan tindakan mereka menyokong pembangkang dan menghentam parti.
BACA: Rafidah dan Daim digugurkan, Rais disiasat
Mengulas lanjut, Tengku Adnan juga berkata beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan keanggotaan kedua-dua tokoh berkenaan atas kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa khas yang membincangkan isu tersebut.
"Saya telah minta persetujuan daripada jawatankuasa khas yang juga saya pengerusikan. Kita ada etika parti dan mereka (veteran UMNO) pun tahu (mengenai etika itu)," katanya.
Tengku Adnan juga meminta semua veteran UMNO berkenaan merenung kembali segala dasar parti selama ini dan sokongan yang diberikan kepada mereka.
"Sekarang saya tidak tahu mengapa mereka keluar mengata UMNO tidak bagus. Saya minta mereka renungi diri mereka sendiri siapa mereka dahulu, bagaimana mereka sekarang, macam mana anak-anak mereka sekarang mendapat keselesaan. Bukankah ini semua kerana dasar-dasar UMNO," katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata momentum kempen BN kini berada pada tahap baik menjelang hari pengundian Rabu ini.
Malah calon BN bagi Parlimen Putrajaya itu yakin parti tersebut akan mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini berdasarkan hala tuju dan matlamat yang jelas dalam manifestonya.
"Manifesto pada PRU13, 99.4 peratus telah dicapai. Saya yakin rakyat akan memberi peluang lagi kepada BN untuk memastikan masa depan mereka akan terjaga," katanya yang ditemui pada majlis pecah tanah Kompleks Masjid Ar-Rahman dan sekolah rendah agama di Presint 9, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 06 2018
Status veteran UMNO itu masih belum diputuskan kerana difahamkan bekas menteri tersebut hanya mengkritik parti menerusi media sosial.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam
Wan Shaharuddin berkata, kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: Ahli Parlimen ucap takziah
Ahli-ahli Parlimen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi ini.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.