KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara diminta mencatatkan ketidakhadiran Menteri serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada sesi soal jawab persidangan hari ini, sebagai tidak selaras dengan peraturan mesyuarat.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata ini kerana soalan yang dikemukakan kepada kementerian itu penting untuk diketahui semua pihak.
"Seseorang menteri yang tidak dapat menjawab di Dewan yang mulia ini, beliau hendaklah mengarahkan timbalannya menjawab sesuatu soalan. Sekiranya timbalan (menteri) itu tidak dapat menjawab, boleh diwakilkan kepada mana-mana menteri untuk menjawab bagi pihak pentadbiran.
"Jika itu tidak dapat dilakukan, catatan ini harus menjadi sebahagian daripada prosiding dan satu jawapan bertulis hendaklah diberi oleh Yang Berhormat menteri kepada Dewan mulia ini," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Senator Muhammad Zahid Md Arip mengajukan soalan nombor tiga kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai pendirian Malaysia berhubung konflik antara Rusia dan Ukraine terutama daripada aspek ekonomi dan politik.
Muhammad Zahid juga ingin tahu langkah bagi menangani kesan ekonomi terhadap negara ini susulan konflik itu.
Bangun mencelah selepas Rais berucap, Senator Datuk Othman Aziz meminta penjelasan sama ada soalan yang diajukan kepada menteri atau timbalan menteri tidak dapat dijawab mengikut penjadualan boleh dibawa ke hari berikut.
"Kalau semua orang berbuat sedemikian, kita mainkan peranan 'pak tangguh' dan Dewan ini tidak berkeadaan sedemikian. Sama ada kita melihat peraturan di house of laws ataupun ada dalam amalan demokrasi lain," jelas Rais.
"Ini tidak dapat dibenarkan, kecuali atas sesuatu perkara yang sangat mendera atau terpikul oleh pihak yang berkenaan. Oleh kerana pihak saya tidak menerima secara khusus hal ini maka ia berada dalam penentuan seperti saya tegaskan sebentar tadi," tambahnya.
Rais kemudian meneruskan sesi soal jawab persidangan Dewan Negara mengikut Aturan Urusan Mesyuarat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Rais berkata ini kerana soalan yang dikemukakan kepada kementerian itu penting untuk diketahui semua pihak. - fotoBERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.
Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.
Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.
Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.
JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da
Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.
Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.