awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia minat teroka peluang pelaburan di Perlis - Pesuruhjaya Tinggi
PRK Kinabatangan, Lamag: Lebih 60 peratus pengundi awal selesai mengundi - SPR
AstroBIZ: Spice N Ice akui Astro BizOne tingkat nilai pengalaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Perlis berkenan terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia

Bernama
Bernama
20/01/2026
01:50 MYT
Raja Perlis berkenan terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (tiga, kiri) berkenan menerima menghadap Danielle Heinecke di Istana Arau, malam tadi. Turut berangkat Tuanku Syed Faizuddin dan Dr Hajah Lailatul Shahreen. - Gambar Bernama
ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke di Istana Arau, di sini, malam tadi.
Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail.
Selepas selesai sesi sembah menghadap di Bilik Biru istana berkenaan, Heinecke menyertai majlis santapan malam bersama Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Syed Faizuddin Putra serta Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen.
Terdahulu, pada sebelah petang semalam, Heinecke turut menyertai Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai Raja Muda Perlis di sekitar Kampung Warna Warni, Kuala Perlis.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita sebelum sesi menghadap, Heinecke berkata, lawatan itu merupakan kunjungan pertamanya ke Perlis dan memberi peluang kepadanya untuk memahami potensi pelaburan negeri berkenaan, terutamanya pembangunan sektor perindustrian dan usaha menarik lebih banyak pelaburan.
Beliau menzahirkan minat terhadap perancangan pelaburan Perlis, khususnya dalam sektor perindustrian serta Pelabuhan Darat Perlis (Perlis Inland Port, PIP), yang boleh dijadikan rujukan kepada syarikat Australia yang berminat meneroka peluang pelaburan di negeri ini.
"Kami berharap dapat menarik syarikat Australia untuk datang meninjau peluang pelaburan di Perlis. Adalah positif melihat usaha kerajaan negeri dalam menarik pelaburan, dan kami akan cuba berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat yang berminat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
#Pesuruhjaya Tinggi Australia
#Danielle Heinecke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan