awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepada siswazah antarabangsa UTM

Bernama
Bernama
31/03/2025
22:45 MYT
Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepada siswazah antarabangsa UTM
Antara siswazah antarabangsa menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan mengurniakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas solat sunat Aidilfitri, seramai 500 siswazah antarabangsa dari lebih 10 negara berkumpul di Blok UTM International untuk menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan.
Naib Canselor UTM, Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim dalam ucapan menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UTM mengurniakan jamuan itu, berharap pelajar antarabangsa yang tiada kesempatan pulang ke negara mereka dapat merasai suasana sambutan hari raya di kampus.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abd Rahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#jamuan Hari Raya
#siswazah antarabangsa UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan