awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Hari Wanita Antarabangsa 2025

Bernama
Bernama
08/03/2025
02:45 MYT
Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Hari Wanita Antarabangsa 2025
Kecekalan dan kebijaksanaan wanita dalam menghadapi cabaran menjadikan mereka sumber inspirasi dalam membina legasi bermakna untuk generasi akan datang, titah Raja Zarith Sofiah.
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 kepada semua wanita di Malaysia.
Dengan tema sambutan tahun ini, Wanita Beraspirasi Membina Legasi, Seri Paduka Baginda menyampaikan penghargaan kepada golongan wanita yang menjadi tunjang keluarga, masyarakat, dan negara.
Seri Paduka Baginda turut menyanjung peranan wanita yang bukan sahaja penting dalam institusi kekeluargaan, malah turut menyumbang dalam pelbagai bidang profesional.
"Kecekalan dan kebijaksanaan wanita dalam menghadapi cabaran menjadikan mereka sumber inspirasi dalam membina legasi bermakna untuk generasi akan datang.
"Saya turut mendoakan agar setiap wanita terus cekal dan bersemangat dalam apa jua yang mereka usahakan," titah Raja Permaisuri Agong dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Hari Wanita Antarabangsa
#Wanita Beraspirasi Membina Legasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan