awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ranking Zii Jia terus merudum
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman panggilan telefon gadis diculik jadi viral, PDRM mulakan siasatan

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
30/12/2015
12:19 MYT
Rakaman panggilan telefon gadis diculik jadi viral, PDRM mulakan siasatan
Menurut kenyataan pihak polis, gadis ini kali terakhir dilihat bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya di kedai makan di Pelabuhan Klang, Ahad lalu. - Foto Facebook
LALA: Habis tu nak buat macam mana Ira? IRA: Matilah aku, matilah aku, matilah aku. LALA: Lari, lari, lari! Pergi, pergi, pergi! IRA: Macam mana aku nak lari...
Perbualan di atas merupakan petikan rakaman perbualan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dengan kakaknya. Melalui panggilan telefon tersebut, remaja itu mendakwa dirinya dilarikan sebuah van putih.
Rakaman selama tiga minit 43 saat itu tersebar luas terutamanya di Facebook. Laman Friends of PDRM, misalnya telah mencatat lebih 17 ribu perkongsian setakat ini.
RAKAMAN PERBUALAN DENGAN MANGSA
GADIS HILANG! Admin dapat rakaman audio yang juga sedang 'viral' sekarang.. Dikatakan gadis berusia 14 Tahun diculik menaiki Van Putih, info seperti berikut.. Dipetik dari Facebook - Faizah Wahab#INFO KES CULIK:BANDAR SULTAN SULAIMANPELABUHAN KLANG.*Report sedang diambil.maklumat untuk semua Gerakan ;NOR AMIRA ATIRAH BINTI ABDUL MAJID14 TAHUNPUTIH2 KULITNYARAMBUT PENDEK.RECORD PERBUALAN MENGATAKAN MANGSA TERNAMPAK SIGNBOAD JOHOR .MANGSA MENGATAKAN BAHAWA VAN YANG DIGUNAKAN UTK MENCULIK MANGSA ADALAH BERWARNA PUTIH.MAKLUMAN SEMUA GERAKAN UNTUK MULA MENYEBARKAN HEBAHAN ORANG HILANG/CULIK INI.NO REPORT AKAN DISEBARKAN KEMUDIAN. TQ#Mohon ViralkanLagi Video Like - Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM
“Dia tutup mulut aku dengan kain”
Rakaman tersebut bermula dengan pertanyaan kakak remaja berkenaan dan pesanannya agar jangan terlalu lama di talian untuk menjimatkan hayat bateri agar mudah dikesan pihak polis.
Mangsa juga sempat memberitahu detik-detik sebelum hilang. Dengan suara cemas dan menggeletar, dia mendakwa diculik dalam perjalanan pulang ke rumah. Mulutnya ditutup dengan kain dan dia dimuatkan dalam sebuah van putih sebelum tidak sedarkan diri.
Remaja itu turut mendakwa terlihat papan tanda ‘Johor Bahru’ apabila tersedar dari pengsan dan meminta keluarga segera mendapatkannya.
Panggilan tersebut berakhir dengan jeritan remaja berkenaan sebelum talian terputus.
Pengesahan polis
PDRM melalui laman Facebook Polis Selangor mengesahkan laporan mengenai insiden berkenaan telah pun diterima Isnin lalu.
Pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Pihak polis turut meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.
PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.1. Polis Kontinjen...
Posted by Polis Selangor on
Topic Berkaitan
#culik
#Kini Trending
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan