MALAYSIA
Rakyat letak harapan tinggi menanti pengumuman penghargaan ‘luar biasa’ PM esok

Rakyat berharap pengumuman esok memberi fokus kepada isu kos sara hidup dan manfaat inklusif, termasuk keperluan golongan muda dan masyarakat luar bandar. - Gambar fail/Bernama
SUBANG JAYA: Rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi terhadap pengumuman besar yang dijangka dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi esok.
Ringkasan AI
- PM Anwar dijangka umum penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia selewat-lewatnya Rabu, selepas meneliti secara menyeluruh pandangan pelbagai pihak dalam kerajaan.
- Rakyat harap pengumuman fokus kepada isu kos sara hidup dan manfaat inklusif, termasuk keperluan golongan muda dan masyarakat luar bandar.
- Sentimen rakyat mencerminkan harapan agar janji ditunaikan secara konsisten, serta menunjukkan kepekaan kerajaan terhadap tekanan ekonomi yang dihadapi semua lapisan masyarakat.
“Cukup sekadar ia berkait langsung dengan keperluan rakyat. Saya harap ia fokus kepada penyelesaian kos sara hidup yang kian menekan, terutamanya harga barang yang semakin naik.
"Jika itu antara intipati yang terkait pada pengumuman esok, saya antara salah seorang yang turut rasa gembira dengan kepekaan PM," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi , Shavinish Periasamy, 30, turut berharap pengumuman itu tidak bersifat retorik, sebaliknya membawa manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, umur dan lokasi.
“Saya sangat menantikan pengumuman ini. Harapan saya, biarlah ia menyentuh kehidupan semua golongan, termasuk mereka yang tinggal di luar bandar.
“Mereka juga rakyat yang menyumbang kepada ekonomi negara dan tidak wajar dilupakan,” katanya.
Sementara itu, Anis Suraya Ahmad Sobri, 30, pula menzahirkan harapan agar pengumuman tersebut tidak mengecewakan.
“Kami tidak minta banyak. Asalkan apa yang dijanjikan ditunaikan, dan rakyat rasa terbela. Jangan ulang janji yang tidak ditepati,” ujarnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai tanda penghargaan luar biasa kepada rakyat.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut dinyatakan mengenai bentuk pengumuman itu.
Dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada Selasa, PM Anwar menjelaskan beliau masih meneliti perkara itu secara menyeluruh selepas menghadiri pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson.
Sebaliknya pengumuman hanya akan dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam kerajaan agar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami