awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di pantai timur India dinasihatkan berwaspada susulan Siklon Dana - Wisma Putra

Bernama
Bernama
25/10/2024
14:45 MYT
Rakyat Malaysia di pantai timur India dinasihatkan berwaspada susulan Siklon Dana - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang tinggal atau melancong di kawasan timur India dinasihatkan agar berwaspada, mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang tinggal atau melancong di kawasan timur India yang terjejas akibat Siklon Dana dinasihatkan agar berwaspada, mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, siklon itu telah melanda antara Dhamra dan Bhitarkanika di Odisha, dengan keadaan cuaca buruk dijangka berterusan sehingga Jumaat.
"Kira-kira 1.1 juta orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan ribut di seluruh Odisha dan Bengal Barat apabila taufan itu mula melemah.
Mereka yang memerlukan bantuan dinasihatkan supaya kekal berhubung rapat dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia," kata kementerian itu.
Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendaftar dengan E-Konsular bagi mendapatkan kemas kini dan sokongan yang tepat pada masanya.
Untuk mendapatkan bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi, melalui talian +91-11-2415 9300 / +91-11-2415 9311 (Konsular) / +91-11-2688 1538, atau melalui e-mel di [email protected].
Wisma Putra memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dan memberikan kemas kini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#pantai timur India
#Siklon Dana
#waspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan