awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Rusia selamat, keadaan tenang - Kedutaan

Bernama
Bernama
05/03/2022
21:43 MYT
Rakyat Malaysia di Rusia selamat, keadaan tenang - Kedutaan
Kedutaan Malaysia di Moscow menasihatkan rakyat Malaysia supaya bertenang dan meneruskan rutin kerana perkhidmatan awam berjalan seperti biasa. - Foto Twitter MY Embassy Moscow
KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di Rusia ketika ini berada dalam keadaan selamat kerana situasi keseluruhan di negara itu adalah tenang dan aman, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.
Kedutaan itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia mungkin berdepan gangguan dalam mengakses perkhidmatan perbankan dan kewangan seperti Pindahan Dana Elektronik (EFT) dari Malaysia ke akaun mereka dengan bank tertentu di Persekutuan Rusia.
Kenyataan itu menyebut pihak berkuasa Rusia sudah meneliti perkara tersebut kerana Bank Pusat Rusia telah memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ruble (mata wang Rusia) boleh terus didapati dan diakses.
"Institusi sama telah mengambil langkah untuk memastikan kecairan domestik adalah mencukupi yang membolehkan orang ramai lebih mudah mengakses wang tunai.
"Rakyat Malaysia yang masih berdepan kesulitan perbankan EFT dengan akaun Rusia mereka, atau/dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi kedutaan melalui hotline dan e-mel khas kami ([email protected])," menurut kenyataan itu.
Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Rusia yang berkaitan dan akan terus menasihati rakyat Malaysia mengenai perkembangan lanjut melalui saluran khas terbabit.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya bertenang dan meneruskan rutin mereka kerana perkhidmatan awam berjalan seperti biasa manakala barangan serta perkhidmatan yang diperlukan masih boleh didapati, harga berpatutan dan boleh diakses.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Rusia
#Kedutaan Besar Malaysia di Moscow
#perkhidmatan perbankan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan