KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas, yang meminta wang tebusan sebanyak RM330,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang itu telah dibayar melalui aplikasi dompet kripto USDT namun pada 23 Okt, pihak berkuasa Filipina menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa di San Simon, Pampanga.
"Dalam laporan itu menyatakan deskripsi fizikal dan tatu yang terdapat pada mayat berkenaan adalah sama dengan deskripsi fizikal serta tatu mangsa penculikan," katanya pada sidang media khas JSJK hari ini.
Susulan itu, JSJK telah menerima permohonan pada 9 Nov lepas daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk membantu analisis terhadap aliran transaksi ke dalam dompet kripto milik seorang suspek dalam kes ini.
Beliau berkata analisis yang dijalankan telah berjaya mengesan aliran transaksi mata wang kripto itu yang dipindahkan ke satu daripada exchange yang tidak didaftarkan di Malaysia.
"Hasil maklumat yang diterima daripada exchange itu mendedahkan identiti enam suspek warga asing yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan berkenaan. Kesemua maklumat itu diserahkan kepada Pejabat Atase Polai Malawakil Manila untuk siasatan selanjutnya, " kata beliau.
Ramli juga berkata sebanyak 10 laporan polis diterima berkaitan pelaburan forex membabitkan nilai kerugian RM4.7 juta sejak 1 Nov lepas dan siasatan awal mendapati laman sesawang yang mengendalikan pelaburan tersebut dipercayai beroperasi di luar negara.
"Mangsa dalam kes ini dijanjikan pulangan modal dan keuntungan bulanan sebanyak lima peratus dari nilai pelaburan.
"Mangsa mendakwa yakin dengan pelan pelaburan tersebut setelah berkomunikasi dengan suspek melalui aplikasi Zoom,'' katanya.
Beliau berkata pembayaran wang pelaburan dengan nilai RM437,253 hingga RM864,30 dibuat menerusi aplikasi Huobi dan berdasarkan analisis mata wang kripto, JSJK mengesan satu sindiket antarabangsa yang melakukan transaksi mencurigakan dengan nilai lebih RM1 bilion serta sedang mengambil tindakan susulan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Menurut Ramli, wang tebusan telah dibayar namun pada 23 Okt, pihak berkuasa Filipina menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa di San Simon, Pampanga. - Gambar fail/Bernama
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Insiden gelora udara SIA: Sembilan rakyat Malaysia stabil - Duta
Kedutaan Besar Malaysia sedang memudah cara dan membantu sembilan rakyat Malaysia yang cedera ssusulan insiden gelora udara penerbangan SQ321 Singapore Airlines.
Menteri Luar Malaysia tandatangan nota takziah di kedutaan Iran
Menteri Luar mengunjungi Kedutaan Iran untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat Malaysia atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.