SINGAPURA: Warga Malaysia Kalwant Singh yang dijatuhi hukuman gantung menjalani hukumannya awal pagi tadi di Penjara Changi Singapura, dan jasadnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands lewat hari ini.
Perkara itu disahkan peguamnya Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama.
"Ya. Dia telah menjalani hukuman," katanya ketika dihubungi.
Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak rayuan terakhir Kalwant, yang pelaksanaannya ditetapkan hari ini.
Kalwant, 32, dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.
Sabitan dan hukumannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama.
Menurut Too, upacara memperingati Kalwant akan diadakan di 38 Sin Ming Drive pada sebelah petang.
Kalwant, yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang, ditahan di republik itu pada 24 Okt 2013, dan disabitkan atas tuduhan memiliki 60.15gm diamorphine dan mengedar 120.9gm dadah jenis itu.
Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.
Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Kalwant dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah. - Foto media sosial

PRU15 | Segerakan atau UMNO, BN tewas - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menggesa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan dengan segera atau UMNO dan Barisan Nasional berdepan dengan kekalahan. Menurut Presiden UMNO itu, parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Kebakaran Sandakan: Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dikenal pasti - Polis
Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, berjaya dikenal pasti.

Kumpul bisa kala jengking... kalau dapat seliter nilai harganya AS$10 juta!
Setiap titisan bisa itu dengan teliti dikumpulkan dalam mangkuk, dan kemudian dibekukan sebelum diolah menjadi bentuk serbuk untuk dijual.

Penuntut Malaysia dibenarkan masuk ke China mulai 24 Ogos - Kedutaan
Pelajar asing yang memegang permit belajar di China dan masih sah akan dibenarkan memasuki negara ini mulai 24 Ogos, menurut Kedutaan China di Malaysia.

Moral pemain JDT merosot selepas ketinggalan dua gol - Bidoglio
Dua jaringan awal Urawa Red Diamonds telah 'membunuh' semangat JDT ketika tewas 0-5 pada pertembungan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2022.

Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.

Jenayah | Kegiatan pinjaman wang tidak berlesen lumpuh
Polis Terengganu berjaya melumpuhkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen yang berselindung di sebalik perniagaan rokok seludup. Kegiatan empat lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun yang beroperasi di dua kediaman sekitar bandar raya itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu pada Rabu dan Khamis.

Pelancongan | Thailand rekod 3.78 juta pelancong
Seramai 3.78 juta ketibaan pelancong ke Thailand direkodkan dari Januari hingga 17 Ogos lalu. Menurut jurucakap kerajaannya, ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura yang menjana pendapatan 176 bilion baht.

Kempen PRU | Ini masa terbaik ahli PKR rapatkan barisan
Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) . Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelang PRU15 akan datang.

Projek jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dijangka mula sebelum hujung tahun ini - MB Perak
Projek pembinaan jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar berhampiran Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan dijangka akan dimulakan sebelum penghujung tahun ini.