awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia perlu prihatin jaga rumah ibadat - Mujahid

Bernama
Bernama
28/04/2019
00:00 MYT
Rakyat Malaysia perlu prihatin jaga rumah ibadat - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersama Menteri Industri Utama Teresa Kok ketika menghadiri Himpunan Solidariti #SalamSriLanka. - Foto Bernama
Rakyat Malaysia perlu prihatin menjaga mana-mana rumah ibadat agar tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana rumah ibadat merupakan tempat yang suci dan dihormati.
"Walaupun bukan rumah ibadat (sesuatu agama) tetapi rasa prihatin itu perlu ada. Semua rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan tidak ada mana-mana pihak menceroboh kerana ia boleh menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada program himpunan solidariti #SalamSriLanka di Dataran Merdeka pada Sabtu.
Turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar, Menteri Industri Utama Teresa Kok, Pengarah Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Penganut Antara Agama (JKMPKA) Nurul Akma Samsudin serta wakil agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Mujahid turut menyambut baik usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.
"Saya yakin mereka (polis) sentiasa membuat rondaan (di rumah ibadat) tetapi kali ini kawalan itu dipertingkatkan lagi," katanya.
Himpunan solidariti #SalamSriLanka yang berlangsung kira-kira dua jam itu dianjurkan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama JKMPKA.
Lebih 100 orang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama menyertai himpunan itu dengan menyalakan lilin dan membawa jambangan bunga sebagai tanda solidariti terhadap serangan bom di Sri Lanka sempena Hari Easter pada 21 April lepas.
Siri serangan bom ke atas beberapa hotel dan gereja itu dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 250 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dataran Merdeka
#kerajaan
#Malaysia
#Merdeka
#Mujahid Yusof Rawa
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Sri Lanka
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan