Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar rakyat bersedia melakukan pengubahsuaian untuk menerima budaya kerja, budaya sosial dan budaya hidup yang baharu susulan penularan wabak COVID-19.
Baginda bertitah budaya kerja dalam usaha membendung penularan dan meminimumkan pendedahan kepada virus akan merubah tingkah laku dan norma sosial serta bakal melahirkan 'kebiasaan baharu'.
"Cara bekerja, cara berurus niaga, cara mengurus kewangan, cara beribadah, cara keraian, cara berekreasi dan cara menjalani kehidupan seharian akan berubah," demikian titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun ketiga, Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah pengorbanan setiap rakyat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat diperlukan untuk membolehkan negara menewaskan ancaman COVID-19 yang menyerang kehidupan warga, menjejaskan alam pendidikan serta mengganggu dunia pekerjaan.
"InsyaAllah kejayaan warga menangani ancaman ini secara berkesan, akan membolehkan negara kembali membina kejayaan hari esok dan masa hadapan yang lebih gemilang," titah Sultan Perak.
Sebagai menghargai jasa serta pengorbanan barisan hadapan dalam memerangi penularan COVID-19, Sultan Nazrin turut mengajak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta yang berada dalam dewan supaya berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda apresiasi kepada wira-wira negara.
"Kakitangan Kementerian Kesihatan membuktikan kepada warga bahawa mereka adalah aset amat berharga kepada negara, kepada bangsa.
"Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak antaranya polis, tentera, bomba, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat, penjawat awam dan badan-badan media yang masing-masing memainkan peranan penting dalam mengekang penularan COVID-19," titah Sultan Nazrin.
Baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada Pakatan Harapan (PH) kerana khidmat terbaik selama 22 bulan menjunjung amanah dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat.
Kepada pentadbiran baharu, Sultan Nazrin bertitah: "Kepercayaan Beta yang mahukan sebuah pentadbiran yang amanah dan berintegriti hendaklah sentiasa dijunjung. Harapan rakyat yang mahukan barisan pemimpin bersih, tidak menyalahgunakan kuasa, wajib dipenuhi.
"Berpada-padalah berpolitik, berpolitik biar ada sempadannya, kebajikan rakyat jangan dikorbankan dan masa hadapan negeri jangan dimusnahkan kerana kepentingan peribadi, percaturan politik yang keterlaluan atau dorongan sifat tamak serta haloba untuk mengumpulkan kekayaan diri, bagaikan tidak mengenal batasan".
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020
Sultan Perak ketika hadir merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun ketiga, Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini. - BERNAMA
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
Rakyat perlu sedia terima kebiasaan baharu dalam kehidupan - Sultan Nazrin
Baginda bertitah budaya kerja dalam usaha membendung penularan dan meminimumkan pendedahan kepada virus akan merubah tingkah laku dan norma sosial serta bakal melahirkan 'kebiasaan baharu'.