awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Sabah perlu bangga pamer keunikan warisan budaya etnik - Mohd Shafie

Bernama
Bernama
31/03/2019
21:10 MYT
Rakyat Sabah perlu bangga pamer keunikan warisan budaya etnik - Mohd Shafie
Menurut Mohd Shafie, keunikan Sabah bukan hanya daripada kekayaan sumber alam semula jadinya tetapi juga warisan budaya setiap kaum yang perlu terus dijaga. - Gambar fail
Rakyat Sabah daripada pelbagai suku kaum perlu sentiasa merasa bangga mempamerkan keunikan serta keindahan seni budaya masing-masing supaya lebih dikenali bukan sahaja oleh generasi muda tetapi juga bangsa lain, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata setiap etnik di negeri itu juga seharusnya tidak berasa segan mempersembahkan kebudayaan termasuk memakai pakaian tradisi bagi terus memelihara keindahan warisan budaya nenek moyang mereka supaya tidak luput ditelan zaman.
"Keunikan Sabah bukan hanya daripada kekayaan sumber alam semula jadinya tetapi juga warisan budaya setiap kaum yang perlu terus dijaga dan dipelihara dengan baik untuk generasi muda.
"Saya juga berharap penglibatan lebih ramai anak muda daripada setiap suku kaum dalam penganjuran festival kebudayaan supaya golongan itu lebih mengenali dan menyanyangi warisan budaya mereka," katanya berucap merasmikan Pesta Kalimaran Kali Ke-16 di Pusat Kebudayaan Murut, di sini, pada Ahad.
Turut hadir dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Wilfred Madius Tangau serta Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.
Kira-kira 15,000 penduduk pelbagai kaum hadir menyambut pesta Kalimaran tersebut yang turut dimeriahkan lagi dengan perarakan kebudayaan 10 sub-etnik Murut.
Pesta itu diadakan selama enam hari mulai 26 Mac lepas.
Mohd Shafie berkata, kepelbagaian adat dan tradisi etnik di Sabah juga perlu dijadikan platform untuk lebih mengenali antara satu sama lain sekali gus memperkukuh lagi perpaduan dan persefahaman yang sedia terjalin.
Langkah itu berupaya meletakkan Sabah sebagai sebuah negeri aman dan makmur di mata dunia meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, katanya.
Mohd Shafie berkata keunikan kepelbagaian warisan budaya itu juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong sekali gus meningkatkan lagi sumber ekonomi penduduk.
Sementara itu, Peter, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kalimaran, ketika ditemui pemberita, berkata beliau mahu pesta berkenaan dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah mulai tahun depan bagi menarik kehadiran pengunjung pada skala lebih besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#budaya
#etnik sabah
#generasi muda
#kebudayaan sabah
#Mohd Shafie Apdal
#Sabah
#seni warisan tradisi sabah
#Suku kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan