awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rakyat tidak suka kita sekarang': Ketua Penerangan UMNO gesa ahli politik utamakan kesihatan rakyat

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
01/10/2020
14:07 MYT
'Rakyat tidak suka kita sekarang': Ketua Penerangan UMNO gesa ahli politik utamakan kesihatan rakyat
Terdahulu, Shahril Hamdan dilaporkan positif COVID-19 selepas pulang berkempen sempena PRN Sabah baru-baru ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:"The public doesn't like us right now".
Itu tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang berpendapat rakyat tidak menyenangi situasi politik semasa ketika ini lebih-lebih lagi selepas peningkatan kes COVID-19 secara drastik.
Malah, Shahril turut menyatakan, terdapat kemungkinan rakyat menyalahkan ahli politik ketika ini yang menyebabkan jangkitan bertambah.
"Sekarang rakyat tidak melihat kita (ahli politik) sebagai ejen atau entiti yang membantu dalam situasi (penularan COVID-19) ketika ini.
"Malah, dalam kalangan sentimen rakyat, mereka menganggap ahli-ahli politik adalah penyebab kepada jangkitan bertambah.
"Untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang punca jangkitan meningkat ketika ini adalah terlalu rumit dan hakikatnya kita perlu sedar bahawa ahli politik sedang dilihat oleh rakyat," katanya ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Justeru, Shahril menyeru agar ahli politik untuk meletakkan kepentingan kesihatan rakyat negara ini sebagai perkara utama berbanding kepentingan politik terutamanya pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan menjelang Pilihan Raya Umum nanti.
Pada masa sama, Shahril Hamdan secara peribadi berpendapat tidak perlu mengadakan PRU dalam masa terdekat terutama ketika negara masih memerangi COVID-19 kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang kepada rakyat.
BACA: Shahril Hamdan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah
Topic Berkaitan
#PRU
#UMNO
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan