awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi kuat landa rantau kepulauan Filipina
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai berminat sertai Warisan di Semenanjung - Shafie Apdal

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
02/01/2022
07:46 MYT
Ramai berminat sertai Warisan di Semenanjung - Shafie Apdal
Shafie yakin lebih ramai bekas ahli parti politik di semenanjung akan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Warisan. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan menerima banyak permohonan menyertai parti itu di semenanjung.
Menurutnya keahlian tersebut turut diterima dari bekas ahli dari beberapa parti di semenanjung seperti dari parti Bersatu, UMNO, MCA dan MIC.
"Saya sepatutnya berada di Johor minggu ini untuk menerima kemasukan bekas UMNO, bekas MCA, bekas MIC dan bekas pejuang Bersatu.
"Tapi kita tunggu sahaja nanti dan saya tidak mahu cakap banyak sangat.
"Kita serahkan kepada mereka dan rakyat menentukan tentang perjalanan negara ini," katanya yang ditemui di sini pada Ahad.
Tambahnya parti itu juga berdepan kesukaran dalam melebarkan sayapnya di semenanjung namun yakin sokongan berterusan akan diperoleh.
17 Disember lepas, Warisan melancarkan parti itu ke peringkat nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby.
Majlis turut dihadiri Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang BAKAL menjalinkan kerjasama dengan Warisan secara rasmi.
Topic Berkaitan
#Mohd Shafie Apdal
#Warisan
#UMNO
#Semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan