Kebimbangan tercetus apabila mendapati ada pengunjung pusat hiburan di ibu negara dipenuhi mereka yang beragama Islam.
Perkara itu dilihat menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) dalam serbuan di tiga premis di Jalan Imbi dan Jalan P Ramlee, di sini, awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M Noor Azman Taib berkata, operasi bermula jam 1 pagi telah menyerbu pusat karaoke mewah dan mendapati lebih 90 peratus adalah terdiri daripada pengunjung beragama Islam.
"Di premis ini kita telah menemui banyak minuman keras dan pil disyaki dadah.
"Malah premis ini juga dikesan melanggari Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 yang mana kita telah mengambil tindakan terhadap kesalahan itu," katanya kepada pemberita, selepas selesai Ops Bah.
Beliau berkata, serbuan kedua membawa kepada premis perjudian berlesen dan mendapati ia beroperasi secara sah serta mematuhi peraturan ditetapkan.
Katanya, kemudian premis ketiga iaitu sebuah pusat hiburan yang telah beroperasi sejak setahun lalu ini didapati telah tamat tempoh lesen hiburan.
"Malam ini, dianggarkan seramai 700 sehingga 800 pengunjung termasuk warga asing telah memenuhi premis ini," katanya.
Tegas beliau, terdapat pengunjung warga tempatan melibatkan mereka yang beragama Islam dan itu adalah amat membimbangkan kerana kemungkinan akan menyebabkan gejala sosial dan tidak mustahil boleh berlaku aktiviti tidak bermoral.
"Ada juga kelab malam yang ada pelancong asing dengan tarikan hiburan seperti nyanyian atau parti.
"Apa yang boleh ditekankan adalah usahlah mengunjungi tempat sebegini kerana banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi. Tempat ini tidak sesuai untuk Muslim, kepada pengusaha sila ikut peraturan dan jangan timbulkan masalah," katanya.
Sinar Harian
Fri Oct 26 2018
Antara yang diperiksa menerusi Ops Bah di pusat hiburan di sekitar ibu negara. - Foto Sinar Harian
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pusat hiburan berselindung di sebalik kafe diserbu
Hasil serbuan polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis.
Dua pusat hiburan di Bangsar diserbu
Kedua-dua serbuan itu dijalankan di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.
Ramai orang Islam di pusat hiburan
Perkara itu dilihat menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) dalam serbuan di tiga premis di Jalan Imbi dan Jalan P Ramlee, di sini, awal pagi ini.