BATU PAHAT: Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka itu ditemui jam 2 petang, pada Jumaat selepas dipandu salah seorang suspek.
Menurutnya, sebelum ini tiga suspek berkaitan kes kehilangan Bella telah ditahan sebelum salah seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia ini.
"Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada ia rangka itu milik wanita terbabit,” katanya pada sidang media di lokasi pada malam Jumaat.
Dengan penemuan rangka manusia itu, misteri kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak 14 Disember lalu dijangka bakal terungkai.
Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.
Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 19 2024
Kamarul Zaman berkata, rangka itu ditemui jam 2 petang, pada Jumaat selepas dipandu salah seorang suspek. - Gambar Sinar Harian
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.
Akta Perumahan lapuk dorong lambakan projek terbengkalai
Kerajaan perlu meneliti semula Akta Perumahan yang masih lemah dan lapuk sehingga mendorong kepada berlakunya punca lambakan projek perumahan terbengkalai serta bermasalah.
Hasrat 120 penduduk di Marang diami rumah sendiri tidak kesampaian
Hasrat 120 pembeli rumah di Taman Sri Purnama, Kampung Gong Cempedak fasa tiga di sini, untuk memiliki kediaman sendiri tidak kesampaian.
Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah - Akmal Nasrullah
Sebanyak 125,000 isi rumah terkesan secara tidak langsung disebabkan projek perumahan yang lewat siap, sakit dan terbengkalai di seluruh negara.
1,850 rumah Generasi Baharu Felda terbengkalai akan disambung bina
Kawasan projek PGBF yang membabitkan 10 tapak projek di Maran, Kuantan, Jerantut dan Rompin melibatkan kawasan seluas kira-kira 77.613 hektar.
17 projek perumahan sakit, tujuh terbengkalai di Johor - Exco
Sebanyak 17 projek perumahan sakit dan tujuh projek perumahan terbengkalai di bawah kerajaan Persekutuan dikenal pasti di Johor setakat ini.
SPNB optimis siapkan 3,000 Rumah Mesra Rakyat menjelang September
Hampir 150 unit RMR di seluruh negara terbengkalai sejak tahun lepas disebabkan pandemik COVID-19 dan kenaikan harga bahan binaan.
'Projek sakit' perumahan pasca-COVID bebankan pembeli, resahkan pemaju
"Kami sebagai pembeli, sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan..."
Isu penipuan pembelian dalam talian, rumah terbengkalai tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dua soalan berkaitan penipuan pembelian dalam talian tersenarai antara 10 soalan utama pada sesi soal jawab hari ini.
79 projek libatkan 17,724 unit terbengkalai setakat ini - Menteri
Sebanyak 79 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.57 bilion terbengkalai di Semenanjung, setakat ini.