KUALA LUMPUR: Rangkaian 5G Malaysia diiktiraf di peringkat global pada anugerah berprestij Glotel di London yang memperakui inovasi dan kecemerlangan untuk memajukan dan mentransformasikan telekomunikasi.
Para pemenang diumumkan ketika majlis anugerah global itu pada Khamis lepas yang menyaksikan penyertaan bersama Ericsson dengan Digital Nasional Bhd (DNB) menggondol kategori "Vendor Terbaik Inovasi 5G."
Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hagerbro dalam kenyataan pada Ahad berkata anugerah itu adalah bukti kepada teknologi dan inovasi yang dirangkumkan ke rangkaian diberikan Ericsson kepada DNB, yang bakal menjadi tunjang kepada transformasi digital Malaysia.
Beliau berkata anugerah itu diberikan kepada syarikat telekomunikasi yang telah membangunkan teknologi atau perkhidmatan baharu terbaik dengan meningkatkan standard 5G dan pada masa sama mempamerkan sumbangan yang ketara terhadap kemajuan 5G secara keseluruhan.
"Anugerah Glotel adalah antara contoh komitmen kami dalam menyediakan rangkaian 5G bertaraf dunia untuk Malaysia dari segi mampu milik, memberi pengalaman pengguna bertaraf dunia dan keselamatan yang mempercepat transformasi digital serta menjadi destinasi menarik pelaburan asing memandangkan kesalinghubungan yang selamat dan kukuh diperlukan dalam operasi dan pembuatan," katanya.
Selain itu, 5G akan mempertingkatkan gaya hidup digital pengguna seperti permainan, penstriman, penjagaan kesihatan dan pendidikan manakala perusahaan boleh memanfaatkan kes gunaan yang diperlukan untuk memajukan perniagaan antaranya dalam bidang perlombongan, logistik dan pertanian.
Penyertaan yang memenangi pelbagai anugerah itu adalah bagi "Rangkaian Teras Operator Berbilang dan Pemetakan Sumber Dinamik untuk Rangkaian 5G Borong Nasional."
Rangkaian 5G DNB adalah rangkaian komersial pertama dunia yang menggunakan Pemetakan Sumber Radio Dinamik (DRP), penyelesaian Penghirisan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G daripada Ericsson.
Hagerbro berkata DRP membolehkan enam operator telekomunikasi di rangkaian kongsi DNB menawarkan perkhidmatan 5G tersuai untuk mencapai kelajuan terbaik yang memberikan pilihan tanpa kompromi kepada pengguna di samping memacu nilai rangkaian dengan 5G sebagai platform inovasi.
Teknologi DRP melengkapi Rangkaian Teras Operator Berbilang (MOCN) yang turut digunakan di rangkaian 5G DNB yang membolehkan operator berkongsi sumber radio dengan wajar tanpa menjejaskan kualiti ketika waktu sibuk dan memberi kelainan dari segi tawaran mereka kepada pelanggan.
Beliau berkata kemampuan dari segi perkongsian aktif akan memaksimumkan penggunaan spektrum sehingga mendorong kepada perkhidmatan 5G dengan kos lebih rendah di Malaysia sekali gus mempercepat penerimagunaan dan transformasi digital.
"Kami juga berharap dapat menawarkan inovasi dan teknologi terkini ke Malaysia di samping mencapai lebih banyak perkembangan penting yang mengukuhkan daya saing dan mempercepat perjalanan negara menuju Negara Digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

David Hagerbro berkata anugerah itu adalah bukti kepada teknologi dan inovasi yang dirangkumkan ke rangkaian diberikan Ericsson kepada DNB, yang bakal menjadi tunjang kepada transformasi digital Malaysia. - Foto Twitter/David Hagebro
![AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008269/17543201601675689452319_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. PKR rujuk pemimpin UMNO, bekas ahli UMNO masuk PKR 2. Kabinet bayangan PN, dianggap tidak cukup sifat 3. Lagi amaran hujan berterusan.... hujan sampai esok 4. Lebih seribu mangsa gempa bumi Turki dan Syria, Malaysia hantar bantuan #AWANInews

Gempa kedua gegar Turkiye, mangsa maut kini lebih 1,500
Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin.

Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.

AWANI Ringkas: Malaysia hantar pasukan SMART, bantu operasi SAR di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.

Media ASEAN | Wartawan Malaysia dan Indonesia bersama bincang isu serantau
Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu bersama membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Tembak Belon | China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip negara itu Sabtu lalu.

Menu Rahmah | Restoran tawar menu asam pedas Melaka
Sebagai usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan, sebuah restoran asam pedas terkenal di Bandar Hilir, Melaka turut mengambil inisiatif menawarkan sajian menu Rahmah, set asam pedas dengan harga serendah RM5.
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang
Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.

Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ini perkembangan terbaharu. Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.

Rangkaian 5G Malaysia raih pengiktirafan global di Anugerah Glotel London
Rangkaian Teras Operator Berbilang dan Pemetakan Sumber Dinamik untuk Rangkaian 5G Borong Nasional.