awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangkuman 5 Berita Utama: 26 Januari

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2017
02:40 MYT
Rangkuman 5 Berita Utama: 26 Januari
Berikut adalah tajuk-tajuk berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
BERIKUT adalah tajuk-tajuk berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Korban banjir Segamat ditemui
Mayat lelaki berusia 21 tahun yang menjadi mangsa korban pertama banjir di Segamat selepas bot dinaiki terbalik lewat petang Selasa lalu telah dijumpai selepas timbul pada permukaan air dengan jarak hanya 10 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, mayat mangsa Mohd Fais Syafiq Hassan itu ditemui pasukan mencari sekitar 7 pagi tadi sejurus memulakan semula operasi mencari dan menyelamat.
Jabatan Perhutanan nafi tahan 16 Orang Asli di Kelantan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada Rabu menafikan pihaknya menahan 16 Orang Asli di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gua Musang di Kelantan, seperti yang disebarkan media sosial.
Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam jabatan itu Mohd Yussainy Md Yusop berkata anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan sebenarnya hanya mengambil maklumat individu di kawasan HSK kerana tiada kesalahan yang dilakukan mereka.
Kami patut menang - Zidane
Zinedine Zidane percaya Real Madrid ditundukkan oleh wisel penamat selepas mereka tersingkir dalam saingan Copa del Rey kepada Celta Vigo, awal pagi tadi.
Keputusan seri 2-2 di Balaidos menyaksikan Madrid tumpas 4-3 menerusi agregat, dengan Celta mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.
Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Sabtu
Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan (Kudat dan Sandakan) di Sabah sehingga Sabtu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Rabu berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.
Kebajikan tidak mufliskan tetapi memajukan Malaysia
Pakar dalam bidang pembinaan dan minyak & gas, dan pengarang Rich Malaysia, Poor Malaysians, Anas Alam Faizli menulis tentang definisi dan intipati negara berkebajikan dan isu-isu yang terangkai bersama konsep tersebut.
Topic Berkaitan
#banjir
#Orang Asli
#rangkuman berita utama
#Zinedine Zidane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan