Semakan ditolak, Anwar tetap dipenjara
Mahkamah Persekutuan menolak semakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun terhadapnya kerana kesalahan meliwat.
Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan selepas mendapati permohonan itu tidak sempurna dan tidak ada merit.
Mahkamah juga memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan semua dakwaan yang dibangkitkan oleh Anwar.
Reaksi Anwar dan Saiful
Anwar dalam reaksinya hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan kehakiman ke atas keputusan kes liwat II bukan penamat kepada segala-galanya.
"Ini bukan penamat segala-galanya. Saya akan berbincang dengan peguam mengenai langkah yang akan diambil melalui proses undang-undang," kata Ketua Umum PKR itu.
Pengadu, Saiful Bukhari Azlan pula dalam reaksinya menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut jelas menunjukkan bahawa dakwaan beliau selama ini benar.
Dalam satu kenyataan di blognya, Saiful bagaimana pun melahirkan rasa sedih mengenai beberapa tokoh yang selama ini disanjung beliau bertindak tidak menghiraukan nasib dan perasaannya selaku mangsa.
"Walaupun realitinya, saya tahu ia bukanlah titik noktah bagi sesetengah pihak yang sentiasa menjadikan aduan saya sebagai modal politik mereka. Ia jelas di mana sejak akhir-akhir ini, gerakan dan kempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim terus giat dijalankan.
"Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau," kata Saiful.
PAS tetap tolak Pakatan Harapan, tapi ada harapan bekerjasama dengan PPBM
PAS tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sebalik pendirian tegas parti Islam itu enggan menyertai Pakatan Harapan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendirian parti itu tetap enggan bersama blok pembangkang kerana faktor DAP dan Parti Amanah Negara.
Seorang lagi suspek ada kaitan pembunuhan Bill Kayong diburu
Polis sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai ada kaitan dalam kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi Astro AWANI berkata individu berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Koong Sia Ming atau Batu Ming merupakan salah seorang daripada dua suspek yang diburu selain suspek utama bergelar Datuk.
Mengulas sama ada suspek kemungkinan berada di luar negara, beliau berkata siasatan masih dijalankan.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan itu di KLIA.
Gencatan senjata dicabuli
Proses gencatan senjata yang ditaja Rusia dan Turki di Aleppo dipercayai dicabuli selepas aktivis mendakwa wilayah itu terus dihujani peluru dan mortar.
Media di Turki melaporkan Kementerian Luar Turki memaklumkan pelan membawa keluar orang awam dari kawasan bergolak itu terpaksa ditangguhkan.
Astro Awani
Wed Dec 14 2016
#RangkumanHariIni: 5 berita jadi tumpuan
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Rangkuman Hari Ini: 5 berita jadi tumpuan
Berikut adalah rangkuman lima berita utama yang menjadi tumpuan pagi ini.
Rangkuman Hari Ini: 5 berita jadi tumpuan
Berikut tajuk utama berita pada Rabu, Disember 15, 2016.