Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan umum semalam , 12 Disember 2016.

Sultan Perak bimbang gejala rasuah dan pecah amanah makin berleluasa

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan dengan gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.

Titah Sultan Nazrin sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

30 pendaki Gunung Brik yang hilang ditemui selamat

30 orang pendaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Brik Kampung Trigus Bau pada pagi Sabtu telah berjaya dijumpai pada petang Isnin dan semua pendaki dalam keadaan selamat.

Ekspedisi pendakian yang dianjurkan oleh sebuah kelab Aktiviti Lasak Kenyalang telah disertai seramai 30 orang pendaki ke Gunung Brik Kampung Trigus pada Sabtu namun gagal balik pada hari Ahad setelah terperangkap akibat arus deras dan paras sungai yang meningkat di kawasan berkenaan.

Orang Asli teruskan sekatan baharu

Masyarakat Orang Asli suku Temiar telah mendirikan halangan baharu bermula Sabtu lalu di tiga lokasi sama selepas sekatan mereka dirobohkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan pada 29 November lalu.

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, tiga lokasi tersebut ialah di Simpang Petei di Pos Tohoi, Kelawong, Pos Pasik dan Betau Cawas berhampiran Pos Bihai.

Mangsa gempa Aceh masih takut mahu pulang ke rumah

Setelah enam hari terpaksa tinggal dalam khemah, mangsa gempa bumi di Pidie Jaya masih belum mahu pulang tidak berani berada dalam rumah kerana gempa masih berlaku.

Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini bersifat fluktuatif, menyebabkan banyak gempa susulan.

90 peratus Aleppo kini dikuasi tentera Syria - Pemerhati

Tentera Syria merampas daerah utama di bahagian Tenggara Aleppo pada Isnin yang menjadikan 90 peratus kawasan Aleppo kini dikuasai mereka.

Menurut pemerhati bagi hak asasi manusia di Syria, tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad merampas daerah Sheikh Saeed selepas pertempuran sengit yang berlangsung sejak petang Ahad.