Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.

Peluang Anwar untuk bebas ditentukan 5 hakim hari ini

Ia merupakan peluang terakhir Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk mencabar keputusan sebelum ini.


Peluang untuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas dari penjara Kajang akan diketahui esok (hari ini) apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan yang dibuat oleh bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu berhubung sabitan Liwat II.

Ia merupakan peluang terakhir Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk mencabar keputusan sebelum ini yang dibuat Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan lapan tahun lepas.

Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN

Polis menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Trump pilih Rex Tillerson sebagai setiausaha negara

Pencalonan Tillerson bagaimanapun masih perlu mendapat kelulusan Dewan Senat.

Bakal presiden Donald Trump mengesahkan Ketua Eksekutif Exxon Mobil Rex Tillerson bakal menggotai barisan kabinetnya sebagai setiausaha negara.

Pencalonan Tillerson bagaimanapun masih perlu mendapat kelulusan Dewan Senat.

Pembinaan jambatan tinggi dalam projek RTS dimuktamad tahun depan - PM Najib

Pembinaan jambatan tinggi antara perkara penting dicapai pada pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura semalam.Pembinaan jambatan tinggi yang menghubungkan Malaysia dan Singapura di bawah projek Sistem Transit Pantas (RTS) Johor Bahru-Singapura, merupakan antara perkara penting yang dicapai pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ketujuh di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jambatan berkenaan dan RTS, yang akan menambah baik hubungan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan, akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara pada akhir tahun depan.

Serangan udara AS bunuh tiga pemimpin kanan Daish

Tiga pemimpin kanan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam satu serangan udara Amerika Syarikat pada 4 Disember lalu di Raqqa.

Perkara berkenaan disahkan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter.